Apa itu perlindungan penyakit kritikal dalam Plan Takaful?
Perlindungan penyakit kritikal adalah perlindungan pemberian pampasan semasa berlaku salah satu dari 36 penyakit kritikal. Pampasan ni berupa cash money duit yang diberikan
Berikut disediakan senarai 36 jenis penyakit kritikl yang dilidungi dalam Takaful
Penyakit kritikal ini mula dilindungi dalam Takaful bermula 60 hari bagi kes jantung dan kanser.
selain dari itu adalah 30 hari
Berikut disertakan senarai penyakit kritikal serta penerangan ringkasnya :
1. PENYAKIT ALZHEIMER / DEMENSIA TERUK
Kemerosotan atau kehilangan keupayaan intelek yang disahkan melalui penilaian klinikal dan ujian pengimejan yang berpunca daripada Penyakit Alzheimer atau Demensia Teruk akibat gangguan otak organik yang tidak boleh dipulihkan. Keadaan ini mesti menyebabkan pengurangan ketara dalam fungsi mental dan sosial hingga memerlukan pengawasan berterusan ke atas Anda atau Orang Yang Dilindungi. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar neurologi.
Tidak dilindungi:
a. Gangguan otak bukan organik seperti neurosis;
b. Penyakit psikiatri;
c. Kerosakan otak berkaitan dadah atau alkohol.
2. ANGIOPLASTI DAN RAWATAN INVASIF LAIN UNTUK PENYAKIT ARTERI KORONARI
Menjalani prosedur buat kali pertama seperti Angioplasti Belon, atherectomy, rawatan laser atau pemasangan stent bagi membetulkan penyempitan atau sekatan satu (1) atau lebih arteri koronari seperti dibuktikan melalui angiografi.
Tidak dilindungi:
-
Prosedur siasatan intra-arteri.
Bayaran terhad: 10% daripada Jumlah Dilindungi, maksima RM25,000. Hanya sekali sahaja dan akan ditolak daripada jumlah keseluruhan perlindungan.
3. MENINGITIS BAKTERIA – MENYEBABKAN KETIDAKUPAYAAN KEKAL MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN
Radang pada selaput otak atau saraf tunjang akibat bakteria yang menyebabkan ketidakupayaan fungsi secara kekal. Ketidakupayaan ini mestilah menyebabkan ketidakmampuan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Kehidupan Harian.
Disahkan oleh:
a. Pakar berkaitan;
b. Kehadiran jangkitan bakteria dalam cecair serebrospinal melalui lumbar puncture.
Tidak dilindungi: meningitis lain seperti virus.
4. TUMOR OTAK BENIGNA – TAHAP KESEVERAN SPESIFIK
Tumor jinak di otak atau meninges dalam tengkorak yang memenuhi semua syarat berikut:
a. Mengancam nyawa;
b. Menyebabkan kerosakan pada otak;
c. Telah dibuang secara pembedahan atau menyebabkan defisit neurologi kekal;
d. Disahkan melalui MRI, CT, dan oleh pakar neurologi atau pakar bedah saraf.
Tidak dilindungi: sista, granuloma, malformasi saluran darah otak, hematoma, tumor kelenjar pituitari, tulang belakang atau saraf akustik.
5. BUTA – KEHILANGAN PENGLIHATAN KEKAL DAN TIDAK BOLEH DIPULIHKAN
Kehilangan penglihatan sepenuhnya dan kekal akibat kemalangan atau penyakit, walaupun menggunakan alat bantuan visual. Bacaan penglihatan mesti 3/60 atau lebih teruk pada kedua-dua mata dan disahkan oleh pakar oftalmologi.
6. PEMBEDAHAN OTAK
Menjalani pembedahan otak di bawah bius penuh yang melibatkan kraniotomi (membuka tengkorak secara pembedahan).
Tidak dilindungi:
-
Prosedur burr hole,
-
Prosedur transphenoidal,
-
Prosedur endoskopik atau minima invasif,
-
Pembedahan akibat kemalangan.
7. KANSER – TAHAP TERTENTU (TIDAK TERMASUK KANSER AWAL)
Tumor malignan yang disahkan secara histologi dan dicirikan oleh pertumbuhan tidak terkawal serta penaklukan tisu. Termasuk leukemia, limfoma dan sarkoma.
Tidak dilindungi:
-
Kanser pra-malignan, tidak invasif, karsinoma in situ, berpotensi malignan, prostat T1N0M0, tiroid T1N0M0, pundi kencing T1N0M0, leukemia limfositik kronik bawah RAI Tahap 3, kanser dalam pesakit HIV, kanser kulit selain melanoma malignan.
8. KARDIOMIOPATI – TAHAP TERTENTU
Diagnosis oleh pakar kardiologi mengenai kelemahan fungsi ventrikel secara kekal dengan tahap sekurang-kurangnya Kelas III NYHA.
Tidak dilindungi: Kardiomiopati akibat alkohol atau dadah.
9. ANEMIA APLASTIK KRONIK – MENYEBABKAN KEGAGALAN SUMSUM TULANG KEKAL
Kegagalan sumsum tulang kekal dan tidak boleh pulih, memerlukan sekurang-kurangnya dua (2) rawatan:
a. Pemindahan darah berulang,
b. Agen perangsang sumsum,
c. Agen imunosupresif,
d. Pemindahan sumsum tulang.
Disahkan melalui biopsi sumsum tulang.
10. KOMA – DENGAN DEFISIT NEUROLOGI KEKAL
Tidak sedarkan diri tanpa reaksi sekurang-kurangnya 96 jam, memerlukan sokongan hayat dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Penilaian minimum 30 hari.
Tidak dilindungi: koma akibat dadah atau alkohol.
11. PEMBEDAHAN PINTASAN ARTERI KORONARI
Menjalani pembedahan terbuka untuk merawat Penyakit Arteri Koronari melalui cantuman pintasan arteri koronari.
Tidak dilindungi:
a. Angioplasti;
b. Teknik intra-arteri atau kateter;
c. Pembedahan lubang kunci;
d. Prosedur laser.
12. PEKAK – KEHILANGAN PENDENGARAN KEKAL DAN TIDAK BOLEH DIPULIHKAN
Kehilangan pendengaran kekal melebihi 80 desibel di semua frekuensi pada kedua-dua telinga. Diperlukan bukti ujian audiometri dan ujian ambang bunyi serta pengesahan oleh pakar ENT.
13. ENSEFALITIS – MENYEBABKAN KETIDAKUPAYAAN KEKAL MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN
Keradangan teruk pada tisu otak yang menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Kehidupan Harian. Penilaian minimum 30 hari.
Mesti disahkan oleh pakar neurologi.
Tidak dilindungi: Ensefalitis berkaitan jangkitan HIV.
14. KEGAGALAN HATI PERINGKAT AKHIR
Disertai dengan:
a. Jaundis kekal;
b. Ascites (cecair dalam rongga perut);
c. Ensefalopati hepatik.
Tidak dilindungi: Kegagalan hati akibat alkohol atau dadah.
15. PENYAKIT PARU-PARU PERINGKAT AKHIR
Penyakit paru-paru kronik yang menyebabkan kegagalan pernafasan:
a. Keperluan oksigen kekal;
b. FEV (Forced Expiratory Volume) kurang daripada 1 liter;
c. Sesak nafas semasa rehat;
d. Tekanan oksigen arteri ≤ 55mmHg.
16. AIDS PERINGKAT AKHIR (FULL-BLOWN AIDS)
Disahkan dengan ujian HIV positif + ujian pengesahan serta kiraan sel CD4 < 200 dan satu atau lebih:
a. Hilang berat >10%;
b. Sarcoma Kaposi;
c. Pneumonia Pneumocystis;
d. Leukoensefalopati multifokal progresif;
e. Tuberkulosis aktif;
f. Limfosit <1000;
g. Limfoma malignan.
17. HEPATITIS VIRUS FULMINAN
Kematian tisu hati akibat virus disertai:
a. Pengecilan hati cepat (ultrasound);
b. Nekrosis lobular;
c. Fungsi hati merosot cepat;
d. Jaundis yang semakin teruk.
Tidak dilindungi: Pembawa virus sahaja (termasuk Hepatitis B dan C) tanpa tanda klinikal di atas.
18. SERANGAN JANTUNG – TAHAP TERTENTU
Kematian otot jantung akibat bekalan darah tidak mencukupi dengan:
a. Sejarah sakit dada;
b. Perubahan ECG seperti ST elevasi/depresi, gelombang Q patologi, atau LBBB;
c. Biomarker jantung tinggi: Troponin T/I ≥ 0.5 ng/ml.
Tidak dilindungi: Angina tidak stabil, peningkatan biomarker akibat prosedur.
19. PEMBEDAHAN INJAP JANTUNG
Menjalani pembedahan terbuka untuk membaiki atau mengganti injap jantung.
Tidak dilindungi:
a. Prosedur intra-arteri;
b. Pembedahan lubang kunci atau teknik lain serupa.
20. JANGKITAN HIV AKIBAT PEMINDAHAN DARAH
HIV yang berlaku melalui pemindahan darah sah secara perubatan di Malaysia atau Singapura selepas sijil bermula.
Syarat lain:
-
Punca jangkitan dapat dikesan ke institusi pemberi darah;
-
Bukan penghidap hemofilia atau tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi (contoh: penagih dadah).
21. KEGAGALAN BUAH PINGGANG – PERLU DIALISIS ATAU PEMINDAHAN
Kegagalan kronik kedua-dua buah pinggang hingga memerlukan dialisis berkala atau pemindahan buah pinggang.
22. HILANG KEBEBASAN HIDUP SENDIRI
Disahkan oleh pakar bahawa tidak mampu melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Kehidupan Harian secara kekal. Penilaian minimum 6 bulan.
23. HILANG SUARA
Hilang keupayaan untuk bercakap sepenuhnya, kekal dan tidak boleh pulih akibat kecederaan atau penyakit. Penilaian minimum 6 bulan. Disahkan oleh pakar ENT.
Tidak dilindungi: Sebab berkaitan psikiatri.
24. KECEDERAAN KEPALA TERUK – DENGAN KETIDAKUPAYAAN KEKAL
Kecederaan kepala yang mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Kehidupan Harian. Penilaian minimum 3 bulan. Disahkan oleh pakar neurologi.
25. PEMINDAHAN ORGAN UTAMA / SUMSUM TULANG
Penerimaan pemindahan:
a. Sumsum tulang manusia menggunakan sel stem hematopoietik (selepas ablasi total sumsum); atau
b. Jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, pankreas akibat kegagalan tahap akhir.
Tidak dilindungi: Pemindahan sel stem lain.
26. PENYAKIT NEURON MOTOR – DEFISIT NEUROLOGI KEKAL
Diagnosis jelas oleh pakar neurologi seperti:
-
Atrofi otot tulang belakang,
-
Palsi bulbar progresif,
-
Amyotrophic lateral sclerosis,
-
Primary lateral sclerosis.
Mesti ada defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan.
27. MULTIPLE SCLEROSIS
Diagnosis oleh pakar neurologi dengan sokongan:
a. Bukti kajian sahih;
b. Defisit neurologi pelbagai selama sekurang-kurangnya 6 bulan;
c. Sejarah jelas serangan & pemulihan.
28. DISTROFI OTOT
Diagnosis oleh pakar neurologi dengan:
a. Lemah otot progresif;
b. Tiada gangguan deria;
c. Bukti melalui elektromiogram & biopsi otot.
Tidak dibayar sebelum umur 11 tahun.
29. PARALISIS ANGGOTA BADAN
Kehilangan fungsi sepenuhnya dan kekal ke atas dua tangan atau dua kaki, atau satu tangan dan satu kaki akibat penyakit atau kecederaan. Penilaian minimum 6 bulan.
30. PENYAKIT PARKINSON – MENYEBABKAN KETIDAKUPAYAAN KEKAL
Diagnosis oleh pakar neurologi dengan:
a. Tidak dapat dikawal ubat;
b. Kemerosotan progresif;
c. Ketidakmampuan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Kehidupan Harian.
Hanya penyakit Parkinson idiopatik dilindungi.
Tidak dilindungi: Parkinson akibat dadah atau toksin.
31. HIPERTENSI ARTERI PARU PRIMER – TAHAP TERTENTU
Diagnosis jelas disahkan melalui kateterisasi jantung, dengan pembesaran ventrikel kanan dan fizikal terjejas (NYHA Kelas III atau IV).
Tidak dilindungi: Hipertensi arteri paru akibat punca lain.
32. PENYAKIT ARTERI KORONARI SERIUS
Pengecilan saluran RCA, LAD dan Circumflex sekurang-kurangnya 60% secara serentak (dibuktikan melalui angiografi).
Termasuk: Jika batang utama kiri sempit ≥60%.
Dibayar tanpa mengira sama ada pembedahan dilakukan atau tidak.
33. STROK – DEFISIT NEUROLOGI KEKAL DENGAN GEJALA BERTERUSAN
Kematian tisu otak akibat bekalan darah terganggu, pendarahan dalam tengkorak, atau emboli dari luar tengkorak. Disertai simptom neurologi kekal dan dibuktikan melalui CT atau MRI. Penilaian minimum 3 bulan.
Tidak dilindungi:
a. Serangan iskemik sementara;
b. Simptom migrain;
c. Kecederaan otak traumatik;
d. Penyakit vaskular mata/saraf optik/sistem vestibular.
34. PEMBEDAHAN AORTA
Menjalani pembedahan terbuka melalui torakotomi/laparotomi untuk membaiki aneurisme, halangan atau diseksi aorta.
Aorta: Bahagian torasik dan abdomen, tidak termasuk cabang.
Tidak dilindungi: Angioplasti, teknik kateter, pembedahan lubang kunci, laser.
35. LUPUS ERITEMATOSUS SISTEMIK – DENGAN KOMPLIKASI BUAH PINGGANG TERUK
Diagnosis oleh pakar reumatologi dengan bukti Lupus Nefritis Tahap III hingga V melalui biopsi.
Tidak dilindungi: Discoid lupus atau lupus dengan gejala sendi/darah sahaja.
Klasifikasi WHO:
-
Tahap III: Glomerulonefritis fokal segmental
-
Tahap IV: Glomerulonefritis difus
-
Tahap V: Glomerulonefritis membranus
36. LUKA MELECUR TAHAP KETIGA – TAHAP TERTENTU
Melecur kulit tahap ketiga (ketebalan penuh) yang meliputi sekurang-kurangnya 20% keluasan permukaan badan.

Bagaimana dengan tempoh menunggu untuk dapat pampasan penyakit kritikal?
berikut tempoh menunggunya

Jikalau diperhatikan untuk claims angioplasty,coronary artey disease , cancer , heart attack, mahupun berkaitan artery by-pass surgery semuanya perlukan hanya 60 hari sahaja. Jadi ambil sesegera mungkin agar kita dilindungi
Manakala bagi lain-lain penyakit kritikal pampasan lulus setelah lalui selama 120 hari/4 bulan tempoh menunggu
Untuk apply takaful pampasan penyakit kritikal hubungi saya disini
Asyraf Rangga
