
Takaful Cuepacs Care
Khas untuk Penjawat Awam
Pengenalan
Kelayakan
Khas Untuk Penjawat Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Penyertaan baru adalah dari umur 18 tahun hingga 59 tahun. Pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.- Tanggungan Anggota
Suami atau isteri peserta yang sah dan berumur di bawah 60 tahun semasa menyertai Sijil Takaful ini. Pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun. Perlindungan diberikan untuk anak yang tidak bekerja dan belum berkahwin, yang berumur melebihi 30 hari hingga bawah 19 tahun, atau hingga bawah 23 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa
di institusi pengajian tinggi. Setiap kelahiran anak yang baru perlu didaftarkan bagi membolehkan perlindungan dibawah sijil takaful ini diberikan.

Dapat kad Cuepacs Care
Gunakankan kad Cuepacs Care untuk akses kemudahan polisi ini.

Mudah
Diterima lebih 70 panel hospital pakar swasta di seluruh Malaysia

Manfaat Komprehensif
Melindungi kos rawatan dari pra penghospitalan, penghospitalan dan rawatan susulan.

Mampu Dimiliki
Kadar sumbangan yang mampu dimiliki.

Mudah Disertai
Pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan dan sumbangan melalui potongan gaji Biro Angkasa.

Melindungi Seisi Keluarga
Tiada had untuk bilangan anak melalui satu Pelan Keluarga.
Cara Penggunaan Cuepacs Care di Hospital Panel

Kemukakan kad CuepacsCare dan kad pengenalan untuk pengesahan.

Permohonan untuk mendapatkan surat jaminan akan dilakukan oleh pihak hospital. Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sewaktu membuat permohonan.

Surat jaminan akan dikeluarkan, jika penyakit yang dihidapi dilindungi sijil.
Lebih 20 Manfaat yang Disediakan
1. Penginapan hospital
Anda hanya Iayak menerima manfaat ini apabila dimasukkan ke hospital sebagai pesakit lebih dari enam (6) jam.
2. Unit Rawatan Rapi
Pembayaran balik akan dihadkan kepada kadar harian bilik dan penginapan hospital.
3. Bekalan dan khidmat hospital
4. Bayaran pakar bius
5. Bayaran bilik bedah
6. Bayaran pembedahan
7. Ujian diagnostik pra hospital
8. Rundingan pakar pra hospital
9. Lawatan pakar perubatan dalam hospital
10. Rawatan selepas penghospitalan
11. Bayaran ambulans
12. Rawatan pesakit luar bagi kemalangan
Akibat daripada kemalangan untuk rawatan sebagai pesakit luar yang perlu dari segi perubatan di mana-mana klinik atau hospital berdaftar dalam tempoh 24 jam dari masa berlaku kemalangan adalah tertakluk kepada jumlah yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Takaful.
Rawatan susulan oleh doktor yang sama dari klinik atau hospital berdaftar yang sama untuk kecederaan anggota badan yang dilindungi yang sama adalah tertakluk kepada jumlah bilangan hari maksimum dan jumlah maksimum seperti yang ditetapkan.
13. Elaun tunai harian di hospital kerajaan
14. Bayaran laporan perubatan
15. Cukai ke atas perbelanjaan yang layak
16. Pemindahan organ
Anda hanya Iayak menerima manfaat ini apabila dimasukkan ke hospital sebagai pesakit lebih dari enam (6) jam.
17. Rawatan kanser pesakit luar
Pembayaran balik akan dihadkan kepada kadar harian bilik dan penginapan hospital.
18. Rawatan dialisis buah pinggang pesakit luar
Pembayaran balik akan dihadkan kepada kadar harian bilik dan penginapan hospital.
19. Pemindahan organ
20. Rawatan kanser pesakit luar
21. Rawatan dialisis buah pinggang pesakit luar
22. Had maksimum setiap kemasukan ke hospital dan setiap mana-mana satu hilang upaya
Pembayaran balik Caj Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung untuk perkhidmatan
dan/atau rawatan yang diberikan kepada anda adalah terhad kepada had maksimum untuk setiap kemasukan ke hospital dan setiap mana-mana satu hilang upaya seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful tanpa mengira jenis hilang upaya. Manfaat berbayar seterusnya adalah tertakluk kepada had keseluruhan tahunan yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful. Jumlah berlebihan yang melebihi had tidak akan dibayar.