Takaful Hayat Hibah

Takaful hayat + penamaan Hibah adalah satu solusi perlindungan kewangan Islam yang powerful. 

Tapi ramai tak tahu.

Hadiah polisi untuk yang tercinta.

Apa itu Takaful Hayat Hibah ni?

Takaful hayat adalah plan takaful yang memberikan pampasan kewangan semasa berlaku musibah kewangan 3D’s iaitu Death (Kematian), Disabilities (Lumpuh kekal), dan Diseases (Sakit Kritikal).

Hibah takaful bukan produk takaful. Hibah dalam takaful adalah jenis penamaan dalam takaful hayat yang dalam pemberian pampasan.

Jika pilih Hibah dalam penamaan takaful hayat, maka pampasan kematian tersebut akan jadi milik mutlak (mengikut peratusan %) penama Hibah.

Takaful hayat + penamaan Hibah adalah satu solusi perlindungan kewangan yang powerful.

Ia membantu dan mudahkan urusan ahli keluarga. Pendek cerita, semua takaful hayat boleh dihibahkan. Noktah.

Takaful hayat adalah takaful yang paling penting dalam semua jenis polisi takaful.

Hal ini kerana takaful hayat adalah satu-satunya backup kewangan sesebuah keluarga.

Tanpa takaful hayat, institusi keluarga boleh ranap. Keluarga jatuh miskin, dibebani hutang dan kos sara hidup.

Lihat gambar dibawah cukup menginsafkan.

Bayangkan kalau terjadi pada keluarga kita?

Musibah Penyakit Kritikal

Musibah Kematian

Musibah Lumpuh Kekal

Dapat Selesaikan Impak Ekonomi Yang Terjejas Teruk

Siapa patut ambil takaful hayat dahulu dalam sesebuah keluarga?

Sebelum saya jelaskan setiap jenis plan diatas, mari kita tengok siapa patut ambil takaful hayat dahulu dalam sesebuah keluarga.

Apabila mengambil takaful hayat, individu pertama yang perlu dilindung adalah pencari nafkah keluarga. Kemudian, barulah pasangan & anak-anak.

Ini kerana pencari nafkah adalah orang utama yang membawa pulang duit gaji/ income untuk keluarga.

Hilang duit gaji/ income pencari nafkah, maka hilanglah semua duit sara hidup sesebuah keluarga tersebut. Setuju?

Bayangkan andai pencari nafkah meninggal dunia, lumpuh atau terkena sakit kritikal seperti kanser, beliau automatik akan dibuang kerja.

Tiada majikan yang nak ambil pesakit kanser bekerja. Termasuk juga kalau pekerja tu dah lumpuh. Apatah lagi kalau dah mati. betul kan?

Jadi, bila tak boleh lagi kerja, tiada gaji, maka tiada income keluarga dan tiada lagi duit untuk sara keluarga. Keluarga miskin, papa kedana dan merempat.

Sebab tu pencari nafkah paling utama ambil takaful hayat dahulu. Bila jadi 3 musibah tersebut, ada pampasan wang sebagai ganti@backup kos sara hidup.

Pendek cerita, 

Musibah kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal menyebabkan 2 impak kehidupan. 2 impak ini dipanggil Impak Emosi dan Impak Ekonomi atau dipanggil 2E’s.

Impak Emosi boleh diselesaikan dengan bersabar, berdoa dan lalui proses kaunseling. Manakala impak Ekonomi pula boleh diselesaikan dengan ambil Takaful Hayat.

2 Kaedah Apply Takaful Hayat Hibah

Kaedah Pertama

Cara pertama & terbaik adalah dengan guna kaedah INCOME PROTECTION (gantian pendapatan), cara kira income protection adalah seperti berikut:

✅ Musibah kematian mestilah bersamaan dengan 10 tahun gaji pencari nafkah
✅ Musibah lumpuh kekal mestilah bersamaan 10 tahun gaji pencari nafkah
✅ Musibah penyakit kritikal mestilah bersamaan 3 tahun gaji pencari nafkah
✅ Elaun harian Hospital = Gaji bulanan dibahagikan 30 hari

Sebagai contoh situasi ,

“Abu seorang cikgu usia 30 tahun, bergaji RM2500 sebulan, isteri Abu, Aminah tidak bekerja dan ada anak-anak 3 orang berusia 3,5 & 6 tahun. Kirakan keperluan ideal takaful Abu”

Gaji tahunan Abu RM30,000.

Abu perlukan jumlah berikut untuk polisi takaful hayat(income protection) beliau:

🎁 Meninggal dunia: RM 300,000
🎁 Lumpuh kekal: RM300, 000
🎁 Penyakit kritikal: RM90,000 – RM100,000
🎁Elaun harian hospital : RM 100 sehari
🎁Khairat : RM 7000

**Cash value : (+- 52,628)

🔘 Untuk jumlah manfaat ideal income protection ini Abu hanya perlu peruntukkan RM194 sebulan sahaja. Iaitu tak sampai 10% dari gaji beliau.

🔘 Dengan cara mengambil takaful hayat INCOME PROTECTION ini, andai Abu ditimpa musibah, Ada cash money sebanyak RM300,000 yang boleh menampung semasa beliau tidak lagi boleh bekerja.

🔘 Kalau tanpa takaful, Abu perlu menyimpan selama 1546 bulan (129 tahun !!) untuk wujudkan cash 300,000 !!! inilah dia kenapa takaful itu kena ada.

🔘 Inilah keperluan sebenar seorang pencari nafkah dalam consideration mengambil plan takaful hayat. Iaitu ambil secara ideal & memenuhi keperluan berdasarkan gaji beliau.

Inilah keperluan utama dalam bertakaful.

Kaedah Ke-2

Melalui Takaful Plan ikut bajet:

🔘 Cara ini adalah cara jikalau client ingin ambil plan lengkap tetapi mengikut Bajet.

🔘Maka adanya Plan Kecil Premium ini. Client boleh mencarum dengan pilihan caruman bulanan samada RM85 ataupun RM100 sebulan. Mudah kan?

🔘 Dibawah ini ditunjukkan contoh quotation untuk Abu yang berusia 30 tahun.

Berikut adalah manfaat yang bakal dapat ambil untuk usia beliau 30 tahun bagi takaful plan PKP (Plan Kecil Premium) RM100 sebulan lelaki usia 30 tahun.

🎁Meninggal Dunia : RM 110,820
🎁Lumpuh Kekal : RM 110,820
🎁Sakit Kritikal : RM 110,820
🎁Elaun hospital : 85/sehari
🎁Khairat : RM 7000

**Cash Value : (+- RM 25,845)

🔘 Plan takaful hayat ini membantu anda untuk mengambil plan takaful yang lengkap dan ikut bajet poket anda.

**Cash value investment adalah tertakluk kepada untung rugi pelaburan yang diletakkan dan betubah mengikut faktor ekonomi semasa negara dan tidak dijamin. Tujuan utama takaful adalah perlindungan dari musibah yang disebutkan di atas.

🔘 Sebarang persoalan dan perbincangan lanjut boleh menghubungi pihak konsultan.Kesemua yang ditulis di artikel ini adalah gambaran kasar tentang Takaful Hayat

🔘 Takaful hayat adalah plan utama keluarga anda.

Dapatkan Takaful Hayat Hibah