Takaful Ganti Gaji

(Income Replacement)

Anda Dah Ada Backup Income?

Sebagai persediaan dalam ketidak tentuan kehidupan dan pekerjaan di musim gawat ini, maka, sediakan dua backup income ini.

  1. Wujudkan satu sumber pendapatan kedua yang tak bebankan waktu dan masa kerja yang hakiki. 

Jangan bergantung hanya pada satu sumber pendapatan sahaja. Usahakan sesuatu sebagai legasi dan sebagai backup income.

Dengan sumber pendapatan kedua, ia membantu kita untuk bersedia semasa berlaku situasi seperti berikut:

  1. Kena buang kerja.
  2. Syarikat majikan kita gulung tikar.
  3. Diminta berhenti kerja sukarela (VSS).
  4. Terpaksa berhenti kerja kerana hal keluarga.

Sumber Kedua: Wujudkan Income Replacement melalui Takaful.

Dengan adanya income replacement takaful atau takaful ganti gaji, ia akan bantu kita dan keluarga untuk hadapi situasi berikut:

  1. Meninggal dunia awal. Hilang sumber pendapatan keluarga.
  2. Lumpuh kekal. Tak boleh lagi cari nafkah
  3. Sakit kritikal berpanjangan. Kita kena fokus rawatan dan majikan “terpaksa” berhentikan kita walaupun kita perform dalam company
  4. Kemalangan yang menyebabkan fungsi anggota badan kita tak lagi boleh buat skop tugas kita dengan efektif.

Resam dunia dewasa pekerjaan. Siapa nak peduli?

Dengan dua perkara ini, insyallah anda akan ada persediaan yang baik dalam kegawatan ekonomi. Dua perkara ini adalah perjuangan saya.

Saya perjuangkan untuk masyarakat Malaysia mempunyai backup income samada melalui perniagaan konsultansi takaful ataupun backup income kedua iaitu melalui caruman takaful.

Saya sentiasa percaya, dengan adanya backup income ini, kewangan umat islam dan masyarakat malaysia akan jadi lebih baik.

Jika tidak, sungguh terhimpitnya rasa bebanan hidup tanpa gaji.

Berat mata memandang, berat lagi bahu dipikul. 

Dapatkan Pelan Anda

Klik untuk Dapatkan Quote Percuma.