Membuat Verbal Authorization dalam autodebit

i-soff wealth verbal authorization




VERBAL  AUTHORIZATION

Untuk mudahkan autodebit akaun bank anda semasa membuat caruman takaful secara potongan bulanan(autodebit), client hendaklah membuat VERBAL AUTHORIZATION(Kebenaran izin verbal).

Ianya diperlukan untuk unblock online purchase/ card purchase & autodebit purchase

Cara-caranya adalah

1) Call no belakang kad debit/credit anda
**Gambar kad depan sahaja perlulah dicetak/print.

2) Pilih untuk bercakap dengan Pegawai Bank bahagian Kad & Autodebit atau bahagian Perbankan Internet

3) Beritahu mereka anda ingin membuat dan memberikan kebenaran izin

–          Pembelian/Bayaran melalui transaksi kad debit/kredit anda

–          Autodebit bulanan untuk Takaful anda

–          Kalau online purchase limit anda kurang dari amount yang akan dipotong setiap bulan, maka tukar kepada yang atas dari nilai akan dipotong(autodebit) setiap bulan

Kebenaran Traksaksi kad ini dipanggil card not present transaction activation, ia membolehkan kita boleh membuat potongan takaful dengan mudah dan autodebit berjaya

Hal ini penting untuk memastikan semua transaksi adalah dalam pengetahuan client & diberi kebenaran izin oleh client

Ada juga kes dimana, verbal authorization ini perlu dibuat kerana client sudah terlalu lama atau tak pernah membuat sebarang transaksi online, autodebit atau sebarang card payment dimana-mana.

Untuk takaful, memastikan caruman takaful berjaya dan dipotong adalah satu keutamaan dalam memastikan anda kekal dilindungi

Pun begitu dalam masa yang sama kebenaran izin verbal ini diperlukan demi memastikan sebarang transaksi itu adalah dibawah pengetahuan client dan dengan kebenaran client

Asyraf Rangga

Verbal Authorization untuk Bank Islam


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *