Cara membuat autodebit e-mandate bagi memastikan caruman takaful dipotong setiap bulan (Wajib dibuat oleh client)

aktifkan e-mandate anda demi pastikan polisi terus inforced

Buat seluruh client takaful, kelangsungan caruman bayaran polisi takaful adalah sangat-sangat penting.

Ianya bagi memastikan polisi takaful anda dalam keadaan “inforced” atau aktif. Kerana apa? Kerana hanya polisi yang status aktif sahaja boleh dibuat tuntutan.

Bagi memastikan polisi anda kekal aktif, pihak syarikat telah wujudkan sistem e-mandate autodebit yang mana potongan caruman dan bayaran dibuat secara automatik setiap bulan.

sistem ini memerlukan hanya pihak client untuk mengaktifkannya. Pihak client perlu masuk dalam  link dan memilih bank yang ingin digunakan untuk pemotongan akaun autodebit e-mandate. Bank yang dipilih hendaklah bank yang ada wang yang banyak, nasihat saya pilih bank gaji demi untuk pastikan kelangsungan caruman aktif polisi takaful.

Sebelum mula pastikan anda selaku client ada dua perkara berikut :

  1. Akaun bank ONLINE
  2. Tahu nombor polisi takaful(certificate number) anda. No polisi takaful(certificate number) ini biasanya bermula dengan huruf Z******** atau A********* atau F*********
    (Jikalau tak pasti, boleh semak dengan ejen takaful@semak di polisi anda)

Caranya adalah seperti berikut

1) Tekan link ini Auto debit e-mandate

2) Masukkan certificate No. (iaitu no polisi takaful anda) & masukkan no ic(kad pengenalan)

Tekan SUBMIT

** Pastikan pop-up blocker anda telah pun disabled. Di laman web itu juga disertakan cara untuk open pop-up blcoker

3) Nanti akan keluar Auto Debit Registration yang mana akan keluar maklumat anda. Disini anda perlu letakkan email anda dan pilih online Bank yang anda ingin guna untuk penolakan autodebit setiap bulan.

Setelah siap isi, tekan PROCEED

4) Anda akan dibawa masuk ke akaun online banking anda, disini syarikat akan ambil RM1.00 sebagai tanda setuju untuk pendaftaran permulaan autodebit.

Selesai

Setiap bulan pemotongan autodebit anda akan berjaya

sila pantau pastikan ia terlaksana

Saya sertakan juga kaedah bergambar dibawah ini. Jemput tengok dan baca :

MASUK LINK & ISI CERTIFICATE NO. & IC & TEKAN SUBMIT

pastikan dapat paparan ini ya

PASTIKAN POP-UP BLOCKER TELAH DISABLE, ada disertakan caranya di website autodebit

cara-cara disable pop-blocker

SETELAH SUBMIT, AKAN KELUAR MAKLUMAT ANDA, MASUKKAN EMAIL & PILIH BANK ONLINE UNTUK DIGUNAKAN BAGI AUTODEBIT. Tekan Proceed

masukkan email, pilih bank & proceed

ANDA AKAN DIBAWA MASUK KE ONLINE BANKING, RM1 AKAN DITOLAJ SEBAGAI BAYARAN PENDAFTARAN. Dan selesai!!. Autodebit akan terlaksana setiap bulan.



dibawa masuk ke online banking

Selesai untuk register autodebit anda
sila semak setiap 25hb atau 3hb adakah akan berjaya potongannya
Jika tak berjaya, kita cuba untuk buatkan manual payment

Asyraf Rangga
jemput masuk ke telegram channel saya ya
Klik sini(channel telegram)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *