Kaedah Billing Autodebit sistem baru (Mulai 6/09/2021)

KAEDAH BILLING AUTODEBIT SISTEM BARU Mulai 6/09/2021

Salam sejahtera. Orayt ini adalah cara nak mudah fahamkan tentang new billing takaful yang bermula 6/09/2021

Sebelum ini syarikat potong pada setiap 3hb atau 25hb. Dua perkara ini dipanggil billing date.

Namun, terkini mulai 6/09/2021 billing date bertukar menjadi setiap hari isnin dengan rules (billing date + 7 days).

Ya setiap hari isnin bulan tersebut adalah billing date untuk dipotong duit dari akaun anda.

Tapi macam mana saya nak tahu isnin yang mana saya punya potongan polisi?

Jom kita tunjukkan

Perlu tahu beberapa perkara

1) Maksud rule (billing date + 7)
2) Tarikh due date polisi anda (Tarikh due date sama sahaja setiap bulan)
3) Kedudukan bulan semasa.
4) Cara kita buat autodebit(guna CCDA Credit card/debit card atau emandate/direct debit akaun bank)
______________________________________________________________________________

Pertama sekali, Apa itu rule (Billing date + 7)

(Billing date + 7) adalah cara nak tahu polisi apa yang terlibat dalam sesuatu tarikh billing date.

Ingat tak saya sebut tadi, billing date adalah pada setiap isnin.

so semua polisi yang due date nya pada hari isnin billing date dan 7 hari selepasnya akan dipotong pada isnin tersebut.

Contohnya, kalau billing date pada Isnin 20hb September. Maka polisi yang due date pada 20hb dan 7 hari selepasnya iaitu [ 21hb ,22hb ,23hb ,24hb ,25hb ,26hb ,27hb September ] semua polisi yang tarikh due date dalam kelompok ini akan dipotong first attempt pada 20hb atau 22hb

Ha, kenapa ada 22hb tu?

kalau dia guna dan daftar autodebit guna CCDA credit/debit card maka pada 20hb September adalah tarikh potongan

Manakala jikalau dia daftar guna emandate/direct debit akaun bank, dia akan ditambah lagi 2 hari, maka pada 22hb akan dipotong, Hari rabu. Okay faham ye?


Okay jom kita try fahamkan lagi.

Anda kena tahu, bila due date polisi anda?

Boleh tengok dekat portal myzurich life atau buku polisi ataupun tengok saja dekat link ini, KLIK SINI , letakkan no polisi anda dan anda akan dapat tarikh due date polisi anda. Cara terakhir kalau nak tahu due date tarikh polisi anda adalah dengan tanya agent bila due date polisi anda.

Okay ini contoh polisi takaful hayat saya

Due date pada 25/09/2021



kedua, ketahui kalendar semasa bulan tersebut, Contohnya kalendar September 2021 bulan ini adalah seperti gambar berikut.
Kemudian kita kena alert dengan setiap hari isnin dalam bulan tersebut sebab setiap hari isnin adalah hari billing date.

Dan untuk tarikh billing date kita adalah pada hari isnin dengan rules yang pertama tadi iaitu (billling date +7)

kalendar september 2021 from calendarpedia

Jadinya macam due date polisi saya due date 25hb september , sila sebutkan dimanakah billing date ISNIN yang follow rules (billing date + 7) bagi polisi saya ini?

Ya jawapannya adalah pada 20hb september. Sebab apa? sebab itu adalah hari isnin yang paling menepati konsep (billing date + 7 hari). Jadi 20hb september akan potong akaun saya jikalau saya guna CCDA(credit card/debit card) atau 22hb september akan berlaku potongan jikalau saya guna emandate/direct debit untuk pilihan autodebit.

Gituu

Sekarang ini saya berikan challenge kepada anda untuk jawap.

3 soalan saya berikan. Jawapan ada dibawah tapi cuba jawap dahulu. nak pastikan anda betul-betul clear dan fahami billing date ini

Soalan :

1) Due date polisi pada 2hb oktober 2021. Bila dia akan potong?
2) Due date polisi pada 11hb oktober 2021. Bila dia akan potong?
3) Due date polisi pada 22hb oktober 2021. Bila dia akan potong?





Jawapan :


  1. Due date 2 oktober, autodebit berlaku 27 sept utk CCDA(credit card/debit card) atau 29 sept untuk emandate direct debit
  2. Due date 11 oktober, autodebit berlaku 6 oktober utk CCDA(credit card/debit card) atau 8 oktober utk emandate direct debit
  3. Due date 22 oktober, autodebit berlaku 20 oktober utk CCDA(credit card/debit card) atau 22 oktober utk emandate direct debit



okay boleh faham setakat ini?
Seterusnya ada beberapa lagi perubahan dalam autodebit yang perlu client faham
1) Syarikat akan cuba untuk buat percubaan potongan sebanyak 6 kali dan setiap minggu demi pastikan polisi anda berterusan dan tidak lapsed
2) Syarikat juga akan berikan notifikasi SMS dan email jikalau ada sebarang perkara berkaitan autodebit untuk pastikan anda alert


Asyraf Rangga











Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *