2 Backup Income Yang Perlu Ada

2 BACKUP INCOME 

Sebagai persediaan dalam ketidak tentuan kehidupan dan pekerjaan di musim gawat ini, Maka, sediakan dua backup income ini.

1) Wujudkan satu sumber pendapatan kedua yang tak bebankan waktu dan masa kerja yang utama. 
Jangan bergantung hanya pada satu sumber pendapatan sahaja. Usahakan sesuatu sebagai legasi dan sebagai backup income.

Dengan sumber pendapatan kedua,
ia membantu kita untuk bersedia semasa berlaku situasi seperti berikut :
– Kena buang kerja- Syarikat majikan kita gulung tikar- Diminta berhenti kerja sukarela(VSS)- Terpaksa berhenti kerja kerana hal keluarga

Sebagai sharing pengalaman, saya buat bisnes takaful secara parttimer sejak zaman universiti.
Masa saya berhenti kerja di kota singa(singapore) 2016, saya decide untuk fokus kepada pendapatan kedua saya yang telah saya usahakan secara sambilan selama ini iaitu Takaful.

10 Januari 2016, tarikh keramat all out untuk takaful hingga kini. Alhamdulillah. Allah mudahkan segala urusan saya.

2) Wujudkan Income Replacement melalui Takaful

Dengan adanya income replacement takaful atau takaful ganti gaji,
ia akan bantu kita dan keluarga untuk hadapi situasi berikut :
– Meninggal dunia awal. Hilang sumber pendapatan keluarga.
– Lumpuh kekal. Tak boleh lagi cari nafkah
– Sakit kritikal berpanjangan. Kita kena fokus rawatan dan majikan “terpaksa” berhentikan kita walaupun kita perform dalam company
– Kemalangan yang menyebabkan fungsi anggota badan kita tak lagi boleh buat jobskop kerja kita
Ini adalah asas dalam hadapi dunia dewasa pekerjaan.


Dengan dua perkara ini, insyallah anda akan ada persediaan yang baik dalam kegawatan ekonomi.
Dua perkara ini adalah perjuangan saya.

Saya perjuangkan untuk masyarakat Malaysia mempunyai backup income samada melalui perniagaan takaful dengan menjadi konsultan.

ataupun backup income kedua melalui caruman takaful.
Saya sentiasa percaya, dengan adanya backup income ini, kewangan ummat islam dan masyarakat malaysia akan jadi lebih baik.

Saya hanya nak ramaikan pembayar zakat, berbanding penerima zakat.
Ada tak yang sama kepala dengan saya dan setuju dengan idea backup income ni?

Asyraf Rangga
Nak jadikan ummat islam makin kaya dan berjaya

1 thought on “2 Backup Income Yang Perlu Ada”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *