Cara mohon rekod kesihatan untuk tujuan permohonan takaful

APABILA PEMOHON TAKAFUL ADA REKOD PERNAH WARDED DI HOSPITAL SEBELUM MEMOHON POLISI TAKAFUL

Dalam permohonan takaful adalah penting untuk declare tentag rekod kesihatan. Ianya adalah satu prosedur wajib dalam permohonan takaful

Bagi pemohon yang dah ada sakit ni, mereka perlu ambil rekod kesihatan di hospital terbabit.
Berikut dikongsikan caranya :

1️⃣ Kenal pasti Hospital/klinik yang client pernah dapatkan rawatan dan dapatkan nombor hospital berkenaan

2️⃣ Call no hospital berkenaan dan minta disambungkan dengan unit rekod

3️⃣ Kenalkan diri dan beritahu ingin mengambil rekod kesihatan.

4️⃣ Catatkan apa keperluan yang diperlukan oleh pihak hospital

5️⃣ Tanyakan berapa caj untuk pengambilan rekod kesihatan________________________

Berdasarkan pengalaman :
🔘 Ejen boleh ambilkan rekod kesihatan client, Cuma perlu disertakan dengan SURAT CONSENT LETTER/KEBENARAN IZIN yang ditandatangani client untuk mewakilkan ejen untuk ambil rekod kesihatan

🔘 Jangan lupa sediakan salinan ic client & ejen

🔘 Sesetengah hospital mereka mempunyai BORANG CONSENT LETTER tersendiri yang perlu ejen/client dapatkan samaada melalui email atau download dari website hospital terbabit(sila rujuk unit rekod hospital berkenaan)

🔘 Sesetengah syarikat takaful juga ada menyediakan template BORANG CONSENT LETTER, boleh gunakan jika ada

🔘 Jangan lupa tanyakan unit rekod, boleh atau tak permohonan anda dihantar hanya melalui email sahaja.

🔘 Jika anda jauh, jangan risau, kebanyakan unit rekod boleh pos kan rekod kesihatan yang telah siap kepada alamat anda. Anda hanya perlu bayar caj pos laju(disamping harga rekod kesihatan).

🔘 Bagi sesetengah kes yang rekod kesihatan mereka telah dilupuskan(biasanya kes 7 tahun keatas), minta unit rekod untuk keluarkan satu keterangan bahawa rekod kesihatan client terbabit telah dihapuskan dan hantar rekod kesihatan tersebut kepada syarikat takaful.

🔘 Follow up berkala kepada unit rekod untuk mengetahui status rekod kesihatan client anda. Bagi rekod di hospital kerajaan mereka mengambil sedikit lebih masa dari hospital swasta. 

🔘 Boleh tanyakan kepada unit rekod berapa lama masa jangkaan siap rekod kesihatan client anda.

🔘 Bersusah payah semasa apply, lebih baik dari bersusah payah semasa claim
Ambil takaful segera supaya anda tak keharuan di kemudian hari

ASYRAF RANGGA

2 thoughts on “Cara mohon rekod kesihatan untuk tujuan permohonan takaful”

  1. Nice notes. Lengkap. Dari pengalaman sebagai pengendali laporan perubatan, ada sesetengah hospital tidak keluarkan kenyataan bertulis untuk rekod pesakit tak ada lawatan ke hospital lebih dari 7 tahun.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *