Apa itu ACE? dan cara kepentingan kiraannya dalam bisnes takaful (bacaan agent)

ACE bermaksud Annual Contribution Equivalent

ACE ni kiraan berdasarkan kes yg kita buat yang berpandu kepada nilaian polisi takaful yang client subscribe/carum dalam takaful.
Contoh client ambil plan TAKAFUL TERM RM 100 sebulan maka dikira 1200 ACE
Kiraan ACE ini dikira darab 12 meskipun client baru contribute sebulan
Kiraan ace ni sangat penting untuk difahami ejen untuk membuat matlamat jualan tahunan (goal setting bisnes)

ACE dalam bisnes takaful adalah suatu bentuk kiraan jualan
Kiraan ACE dikira seperti berikut :

Dalam membuat matlamat bisnes atau goal setting bisnes takaful, maka kita perlu untuk susun berapa banyak matlamat jualan tahunan kita

Kita biasanya mensasarkan sama ada dengan kiraan ACE atau kiraan komisyen

kedua-kedua ini perlu “tally”supaya dengan itu kita akan dapat jumlah berapa perlu kita usahakan untuk buat bisnes tahun tersebut

Saya berikan satu contoh.

Saiful seorang ejen baru, dia berimpian ada tahun 2022 nak buat bisnes takaful ini yang boleh berikan komisyen sehingga RM 2500 sebulan.

Berapa ACE yang saiful perlu buat?

Ini cara kiranya :

2500 income x 12 bulan = 30,000 income setahun

berapa banyak jualan ACE perlu Saiful buat untuk dapat income 30k setahun @ 2500 sebulan?

Maka 30,000 tadi kita bahagikan dengan 40%(kiraan komisyen tahun pertama)

= 75,000 ace.

Saiful perlu buat sepanjang tahun tersebut 75,000 ACE demi pastikan dia berjaya capai RM2500 sebulan pada hujung tahun 2022

Orayt berapa ACE pula Saiful perlu buat sebulan?

75,000 bahagi 12 = 6,250 ace sebulan sahaja

berapa ACE pula Saiful perlu buat seminggu?

6,250 ACE bahagi 4 = 1562.50 Ace sahaja seminggu

Kalau Saiful fokus seorang client ambil RM150 sebulan caruman takaful, maka seminggu dapat closed satu client pun dah boleh pastikan Saiful capai matlamat gaji tahun pertama sebanyak RM2500 sebulan

Amacam clear ke tu? hehe

Jadi kalau dah faham jom kira, berapa anda nak target untuk INCOME KOMISYEN  dan ACE anda pada tahun ini ye

Jom Sukses

Asyraf Rangga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *