Cuepacs Care susah nak claim?
Kefahaman tentang claim dalam medical card ini sebenarnya mana-mana company adalah sama.Jadi saya berikan punca kenapa sesetengah kes didapati tak dapat claim atau hadapi situasi mencabar untuk claim. Ini antara paling selalu berlaku sebab tak claim
1) Ingatkan ambil plan cuepacscare medical card rupa-rupanya bukan
Pertama-tama sekali sebelum kita go deep tentang kes cuepacscare susah nak claim,
saya nak minta tuan-puan semak dahulu polisi yang dah diambil dengan yang dikatakan “çuepacs care”, pastikan betul-betul yang tuan puan ambil adalah Medical Card dari Mycuepacscare. Plan medical card kita ada 3 jenis
– Plan cuepacscare harga RM40 bagi individu, dan RM106 bagi keluarga
– Plan cuepacscare Plus A harga RM53 bagi individu dan RM150 bagi keluarga
– Plan cuepacscare Plus B harga RM117 bagi individu dan RM234 bagi keluarga
Dan semak dengan customer service kita untuk pastikan memang tuan puan ambil plan kita
atau boleh saya semakkan disini
berikan NAMA PENUH dan NOMBOR IC
SEMAK BETUL KE AMBIL MEDICAL CARD CUEPACSCARE
Kenapa saya suruh semak dahulu?
sebab pengalaman saya menjadi konsultan cuepacscare ni saya dapati ramai yang dia ingat dia ambil medical card cuepacscare, rupa-rupanya dengan syarikat lain.
Inilah yang antara selalu sangat saya ingatkan, jikalau ambil sebarang takaful perlindungan, sila semak semula, dapatkan kad atau polisi book atau pdf jikalau ada bagi memastikan yang kita etul-betul ambil plan yang betul dan boleh claim semasa kita nak buat claim.
Dah banyak kali berlaku, dia beritahu dia ambil cuepacscare, tiba-tiba dia bukan plan dengan kita(cuepaccare medical card) tapi dia beritahu tak boleh claim/tak boleh warded.
2) Client sudah ada sakit, tapi sembunyikan fakta semasa memohon cuepacs care
Ini adalah pantang paling besar dalam permohonan takaful/insurans, bila kita tak declare sakit sedia ada, kemudian bila selepas beberapa tahun kita mencarum kita nak pakai (walaupun untuk sakit yang takde kena mengena dengan sakit sedia ada), didapati kita dah ada rekod sakit, maka kita akan kena reject claim
sebab apa?
sebab non-disclosure clause, semasa apply dulu kita sembunyikan fakta sakit
Ya, cuepacscare permohonanya sangat senang sebab tak perlu medical checkkup dan tak perlu ambil medical record, NAMUNNNNNNNNNNNNN
bukan bermaksud tak perlu declare@tulis sejarah perubatan/kesihatan termasuk yang terkini dalam bahagian maklumat kesihatan
Declaration itu pula perlu diisikan dalam bahagian maklumat kesihatan dekat borang bahagian F, dan bukannya declare sahaja depan agent/konsultan.
Boleh faham ya tuan-tuan.
Jangan sembunyikan sebarang situasi kesihatan semasa memohon ye
3) Belum masuk tempoh meunggu dan tempoh contestable period
Yang ni juga selalu orang salah faham , mereka ingat setelah ambil terus cover sedangkan ada tempoh proses borang, ada tempoh menunggu dan tempoh boleh pertikai(contestable period)
Ya tuan puan, tempoh ini paling-paling penting tuan puan faham sangat-sangat. sila baca berulang kali ya
rujuk sini :
TEMPOH PROSES, TEMPOH MENUNGGU & TEMPOH BOLEH PERTIKAI CUEPACSCARE
4) Tak masukkan dan update nama anak baru lahir
Ya cupacs care adalah plan yang lindungi tuan puan seluruh ahli keluarga asalkan anak-anak bawah 23 tahun, namun kalau anak yang baru je lahir, Cuepacscare takkan automatik masukkan nama anak kita yang baru lahir, kita kena isi manual iaitu mengisi borang penambahan ahli keluarga dan emailkan kepada cuepacscare
Saya sudah buat penjelasannya disini ya, boleh follow step by step
Klik sini :
STEP BY STEP TAMBAH ANAK DALAM CUEPACS CARE
5) Masuk bukan sebab yang dilindungi
Contohnya masuk disebabkan kes yang ada kena mengena dengan kehamilan atau disebabkan kosmetik. Maka ini termasuk clause pengecualian perlindungan
Ini bahagian pengecualian ya. Jemput tengok :
6) Bagi kes penyakit, pesakit luar adalah tak dilindungi
Baik, bagi kes penyakit ini juga selaku pelanggan cuepacscare dan mana-mana medical card, syarikat tidak akan lindungi jikalau kita sakit dan hanya perlu rawatan pesakit luar, bagi kes penyakit, medical card hanya akan lindungi jika ia melibatkan kemasukan ward(penghospitaln) sahaja
Ya, medical card selain cuepacscare juga tak cover jikalau rawatan out patient disebabkan sakit.
ia menunjukkan keadaan itu adalah tak memerlukan rawatan yang serius dan kritikal
Rujuk Gambarajah dibawah untuk keterangan lebih lanjut :
Diharap semua yang diatas ini mebantu kalian untuk memahami tentang sebab kenapa sesetangah kes tak dilindungi oleh Takaful. Memahami plan yang diambil adalah tanda anda seorang pengguna dan peserta takaful yang bijak
Asyraf Rangga
Jemput join channel telegram kita
TELEGRAM ASYRAF
TELEGRAM CUEPACSCARE