Apa itu Plan MyCuepac Care

Apa itu Plan Cuepac Care Medical Card Penjawat Awam?

Khas Penjawat Awam & Ahli keluarga mereka

Plan My Cuepac care ialah plan perlindungan takaful untuk penjawat awam samaada kerajaan pusat, negeri , Majlis bandaran mahupun badan berkanun.

Plan My Cuepac care juga boleh diambil oleh seluruh penjawat awam berstatus tetap ataupun kontrak.

Plan takaful ini boleh diambil hanya dengan potongan borang angkasa dan tak boleh lebih 60% dari potongan angkasa. 

Plan yang disediakan Mycuepac Care Ada dua jenis

1) Cuepac care Medical Card (Plan penghospitalan & Pembedahan)

2) Cuepac PA Personal Accident (Plan Kemalangan Diri)

Mari kita tengok plan Cuepac Care Medical Card dahulu

Ini ringkasan untuk manfaat plan Cuepac Care Medical card ini :

Jenis perlindungan & jumlah perlindungan cuepac care

– Bilik rawatan RM 150 semalaman

– Perlindungan tahunan keluarga 60,000 berkongsi semua ahli keluarga

– Perlindungan tahunan individu 40,000

– Perlindungan setiap ketidakupayaan 20,000/kemasukan atau 20,000/setiap kali warded

– Perlindungan seumur hidup unlimited / tiada had

– Harga bulanan individu RM40 sebulan

– Harga bulanan plan keluarga RM 106 sebulan

Plan Cuepac care ni seperti plan medical card lain adalah bertujuan untuk dapatkan rawatan di Hospital Swasta Panel untuk dapatkan rawatan. 

Plan Cuepac care ini ada 5 sebab kenapa anda selaku penjawat awam perlu  ambil dan mohon segera :

1) Mudah digunakan

Lebih 70 hospital panel swasta. Senarai : HOSPITAL PANEL CUEPAC CARE (KLIK SINI)

Cara penggunaan kad Cuepac care  

– Call no centre (claim department) 03-33746268 Sila simpan no ini penting sangat untuk sebarang tuntutan

– Bawak kad dan kad pengenalan semasa urusan kemasukan, tunjukkan kad dan pastikan dapat SURAT JAMINAN(Guarantee Letter atau GL) dari pihak Cuepac care dahulu

– Dapatkan rawatan pakar dengan segera

– Semasa urusan keluar, bil hospital ditanggung oleh Cuepac Care

– Antara perkara perlu ambil berat adalah tempoh menunggu, klik sini : TEMPOH MENUNGGU CUEPAC CARE (KLIK SINI)

– Juga perlu tahu kes yang anda nak masuk ni adakah kes emergency atau bukan emergency rujuk sini : CARA MASUK WARD KES EMERGENCY DAN KES NON EMERGENCY (KLIK SINI)

2) Melindungi Seisi Keluarga.

Plan ini melindungi penjawat awam, pasangan dan seluruh anak-anak anda walau berapa ramai anak sekalipun.

Bagi diri penjawat awam dan pasangan akan dilindungi sehingga usia 59 dan boleh disambung sampai usia 70 tahun.

Ya selepas pencen/bersara pun masih dilindungi, dengan syarat anda mesti memaklumkan kepada pihak Cuepac care segera melalui email di c_service@medicare.org.my untuk penyambungan selepas pencen/bersara.

Bagi anak-anak, akan dilindungi sampai 18 tahun dan boleh disambung hingga usia 23 tahun dengan syarat anak mestilah masih belajar sepenuh masa di Malaysia dan belum berkahwin.

Untuk pengetahuan,anak tiri dan anak angkat juga boleh dimasukkan sekali. Syaratnya anak angkat tersebut mesti ada sijil pengangkatan yang sah dari JPN (Jabatan pendaftaran negara) serta sijil tersebut perlu dikepilkan sekali semasa permohonan.

3) Manfaat Komprehensif 

manfaat komprehensif sebelum, semasa dan selepas keluar hospital

Cuepac care melindungi pra penghospitalan, Penghospitalan dan Pasca penghospitalan. Atau yang dipanggil : pre-hospitalization, hospitalization/warded dan post hospitalization.

Untuk proses claim pre & post ianya melibatkan paid & claim. Rujuk sini

PROSES PAID & CLAIM CUEPAC CARE (KLIK SINI)

Skim Cuepac care juga melindungi peserta yang perlukan rawatan akibat masuk ward, pesakit luar atau Pembedahan harian akibat kemalangan, Pembedahan, rawatan dialisi pesakit luar dan rawatan kanser pesakit luar

Jenis Rawatan

Untuk rawatan penyakit pula, Cuepac care hanya melindungi yang perlukan rawatan dan dimasukkan ke ward sahaja. Rujuk Gambar :

4) Mampu dimiliki

Ya Cuepac care plan ini diiktiraf sebagai medical card paling murah dan mampu milik di seluruh Malaysia

Bayangkan hanya RM 40 sebulan bagi plan individu dan hanya RM 106 sahaja sebulan bagi seisi keluarga tak kira berapa ramai anak sekalipun.

5) Mudah disertai

Plan Cuepac care ini amat mudah untuk disertai kerana anda hanya perlu dapatkan borang pendaftaran dari konsultan bertauliah Asyrafuddin 0132002460 dan lengkapkan borang tersebut.

Borang tersebut salah satunya adalah borang BPA 1/79 bagi tujuan potongan Angkasa yang perlu pengesahan cop jawatan majikan dan cop bulat/ cop Jabatan bekerja.

Sertakan slip gaji(sebulan terakhir sahaja) dan salinan kad pengenalan setiap orang ya.

Di bahagian penyakit sedia ada, tuliskan semua penyakit yanga da. Jangan risau tiada sebarang pemeriksaan kesihatan diperlukan.

Terima Kasih

Asyraf Rangga
0132002460

Konsultan Cuepac care seluruh malaysia.
Jom join Telegram channel Asyrafuddin disini TELEGRAM CHANNEL ASYRAF
Jom join Telegram channel Cuepac Care disini TELEGRAM CHANNEL INFO CUEPAC CARE



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *