Dalam medical card cuepac care ada tiga jenis tuntutan claim yang boleh dibuat berkaitan medical card.
1) Medical claim( ini berlaku jikalau kita tak masuk hospital panel atau kalau kena bayar dahulu disebabkan tempoh menunggu kita belum matang)
2) Claim elaun hospital harian sebanyak RM50 semalaman. Yang ni hanya kalau kita masuk hospital kerajaan ya. Cuepac care bagi kita RM50 sehari boleh claim
3) Jikalau ada rawatan sebelum atau selepas kita warded di hospital. Dipanggil pre & post hospitalization. Semua ni boleh buat claim ya. secar paid & claim
CARA-CARANYA :
1️⃣ Call nombor claim department untuk confirmation tentang waiting period polisi kita dah berapa lama. Ini paling penting
2️⃣ Baca, download dan print borang tuntutan seperti di website
TUNTUTAN CUEPAC/CLAIM/BORANG CLAIM DOWNLOAD SINI
SILA BACA DENGAN JELAS DI WEBSITE NI YA. sangat-sangat penting.
3️⃣ Lengkapkan borang dengan info serta kepilkan semua yang cuepacs care minta seperti
– Salinan kad pengenalan
– Penyata akaun bank/screenshot akaun bank untuk dimasukkan duit
– Bil dan invois asal(original bill & invoice)
– Resit asal(original receipt)
– Nota discaj (Discharge summary) mesti ada diagnosis sekali.
**Jikalau tiada diagnosis kena sertakan laporan perubatan
LAIN PERMOHONAN CLAIM LAIN TUNTUTANNYA YA, Rujuk Gambar



4️⃣ Perlu pastikan yang borang tuntutan dan borang e-pembayaran tu wajib disertakan sekali dengan *COP MAJIKAN SEBAGAI PENGESAHAN*
Namun tak semua tuntutan claim wajib ade cop majikan, perlu call claim department untuk kepastian ya : Nombor claim department 24 jam seperti berikut :
03-3374 6268
Emel: tuntutan@cc4usolutions.my
Jangan terlupa ya😊👍🏻😊👍🏻
5️⃣ Setelah lengkap poskan disini
CUEPACSCARE4U SOLUTIONS SDN BHD
B-5-3A, Pusat Perdagangan Intania,
Jalan Intan 1/KS1, Persiaran Raja Muda Musa,
41200 Klang, Selangor darul Ehsan

6️⃣ Selepas postage, pastikan anda sentiasa followup dengan bahagian admin dan bahagian claim department melalui No phone dan juga email( *PENTING SANGAT-SANGAT*)
Telefon admin
: 03-3374 6268
Faks: 03-3374 1095
Emel: admin@cc4usolutions.my
No Claim department :
03-3374 6268
7️⃣ Untuk mempercepatkan proses tuntutan/claim , pastikan semua dokumen yang
diperlukan dihantar kepada kami dalam masa 30 hari dari tarikh pembayaran dibuat
Asyraf Rangga
Jom masuk ke telegram channel saya
Asyraf Telegram Channel Kewangan & Kehidupan
Telegram Cuepac Care Info Semalaysia : https://t.me/takafulcuepaccare
Saya nak tuntut bayaran hospital arwah suami saya sebanyak RM 6000.!°Mohon bantuan untuk kemukakan borang yang perlu diisi.
Okay puan boleh tuntut dengan mengisi borang tuntutan kemudian kepilka semua info & pos ke cuepacs care