7 Masalah Jika Tiada Pewarisan Perniagaan

7 Masalah jika tiada pewarisan perniagaan

7 Masalah yang timbul jika tiada perancangan pewarisan perniagaan


Selaku seorang pemilik perniagaan, Anda membina sebuah legasi/empayar perniagaan sejak awal dari tiada apa-apa (from a scratch) hingga perniagaan anda menjadi sebuah perniagaan yang menguntungkan.

Selaku pendiri perniagaan, kita bergolok gadai untuk memastikan perniagaan ini terus bertahan walau dalam apa jua situasi ekonomi.

Berapa banyak masa, tenaga, keringat telah diperuntukkan untuk membina sebuah perniagaan yang mapan,maju dan berdaya saing.

Namun, pernahkah anda terfikir, setelah anda meninggal dunia, adakah perniagaan ini dapat diteruskan seperti biasa atau yang paling penting adakah ahli keluarga selaku waris bahagian dalam syarikat boleh bekerjasama dengan baik bersama pemegang saham yang masih hidup(shareholder) serta staff di syarikat seperti saat anda masih hidup?

Persoalan timbul, Bolehkah kita pastikan suatu perniagaan yang telah dibina itu kekal dan ahli keluarga kita kekal harmoni serta hak mereka terjamin.

Ini kerana asas kita memulakan perniagaan ini dahulu, tak lain tak bukan salah satunya demi untuk memberikan kesenangan kepada ahli keluarga kita. Betul?

Jadi artikel ini akan menyentuh beberapa masalah utama dalam pewarisan apabila seseorang pemilik perniagaan itu meninggal dunia, implikasi dan solusi :

Mari kita berikan satu kisah untuk kita jadikan panduan dalam artikel ini.

Ahmad seorang ahli perniagaan farmasi. Beliau kini sudah mempunyai 3 cawangan farmasi di Negeri Selangor. 

Sejak awal, untuk perkembangan perniagaan, Ahmad mengajak beberapa orang menjadi shareholders dalam membina farmasi jenamanya iaitu Farmasi Ahmad dengan pemilikan saham seperti berikut :

1️⃣ Ahmad 55% (Major shareholder)

2️⃣ Yusuf(kawan) 15%

3️⃣ Anita(sepupu) 15%

4️⃣ Pak Abu(Pakcik) 10%

5️⃣ Yusri(kawan) 5%

Dalam masa yang sama, untuk memajukan bisnes farmasinya yang sudah masuk 3 cawangan, semua shareholders sepakat melantik En Kamal seorang pengurus utama(General Manager).

En Kamal menjadi tulang belakang syarikat Farmasi Ahmad. 

Berkelulusan Ijazah pengurusan perniagaan serta ijazah Farmasi untuk mengurus, mengatur ketiga-tiga cawangan farmasi Ahmad.


====================


Sekarang, mari kita lihat satu-satu permasalahan pewarisan perniagaan yang boleh timbul :

1) SAHAM SYARIKAT TERBEKU

Apabila ada syarikat, maka ada pemilik saham syarikat atau dipanggil shareholders.

Shareholder dalam sesebuah syarikat adalah pemilik perniagaan mengikut bahagian saham bahagian masing-masing seperti dalam kes Farmasi Ahmad diatas.

Apabila salah seorang mati, saham syarikat adalah harta alih tanpa penama.

Seperti mana juga saham yang kita ada di bursa, waris perlu lantik PENTADBIR HARTA dan kena ada surat kuasa mentadbir untuk mencairkan & menguruskannya. 

Isu yang timbul adalah jikalau ahli waris tiada kesepakatan dalam menentukan siapa yang berhak ambil kuasa.


Selaku muslim, bahagian saham tersebut akan mengikut hukum faraid. 

Waris faraid yang terlibat melibatkan para isteri, anak-anak dan ibu ayah sebagai waris utama dan jikalau tiada penghijab(stopper) akan libatkan kepada ahli keluarga seperti adik beradik dan ibu atau ayah saudara(pakcik). Setiap orang berbeza faraidnya.


kesemua ini adalah ahli waris kepada simati.

Bagi non-muslim pula, Ianya dibawah Distribution act. 

2) MAJORITI SHAREHOLDER BOLEH HILANG KUASA

Syarikat biasanya perlukan seorang major shareholder.

Saham syarikat simati adalah pusaka. Bila dia meninggal akan jadi pusaka. Maka, semua waris-waris faraid bagi simati berhak untuk menuntut bahagian saham/share tersebut ikut bahagian masing-masing seperti yang saya jelaskan diatas.

Semasa hidup, Ahmad merupakan major shareholder 55% dan merupakan decision maker kepada syarikat Farmasi Ahmad.

Nilaian saham setiap orang shareholder adalah seperti berikut :

1️⃣ Ahmad 55% (Major shareholder)

2️⃣ Yusuf(kawan) 15%

3️⃣ Anita(sepupu) 15%

4️⃣ Pak Abu(Pakcik) 10%

5️⃣ Yusri(kawan) 5%


Apabila Ahmad meninggal dunia dia tinggalkan seorang ibu, seorang ayah, seorang isteri dan 3 anak lelaki.

jadi pecahan saham Farmasi Ahmad yang baru selepas beliau meninggal akan jadi seperti berikut :

1️⃣Isteri Ahmad : 6.88%

2️⃣Ibu Ahmad : 3.17%

3️⃣Ayah Ahmad : 3.17%

4️⃣Anak Lelaki 1 : 13.9%

5️⃣Anak Lelaki 2 : 13.9%

6️⃣Anak Lelaki 3 : 13.9%

7️⃣Yusuf(kawan) 15%

8️⃣Anita(sepupu) 15%

9️⃣Pak Abu(Pakcik) 10%

🔟Yusri(kawan) 5%


Saham 55% tadi berubah menjadi kecil dan semua menjadi minority shareholder.

Ketiadaan major shareholder dalam kes ini boleh menyebabkan operasi syarikat terganggu dan berisiko musnah kerana kuasa pemutus(decision maker) sudah tiada. Apatah lagi apabila shareholder sukar dihubungi atau tak bagi kerjasama.

3) PENTADBIR HARTA (INDIVIDU) TIDAK AMANAH

Ini adalah rentetan dari isu pertama tadi, Mungkin kita dah pun sepakat pilih seorang pentadbir harta individu dikalangan ahli waris. 

Namun malangnya, risiko pentadbir individu boleh berlaku pecah amanah/tidak amanah.


Dividen ataupun keuntungan hasil dari perniagaan mungkin diagihkan secara tak adil atau tidak amanah.

Pentadbir yang tidak amanah boleh didakwa di mahkamah dan dalam islam, pecah amanah merupakan dosa yang besar.


Isu pernah berlaku sebagai referral case adalah isu harta pusaka yang antaranya merupakan beberapa perkara berkaitan dividen, bonus dari perniagaan milik bekas Menteri sains dan teknologi Allahyarham Dato’Ir Jamaluddin Jarjis yang walaupun masih belum penyelesaian, tapi boleh dijadikan panduan selaku pemilik perniagaan sebgai muhasabah bersama.

Kes Cucu dan Nenek

4) PERMASALAHAN CHEQUE SIGNATORY (pengganti)

Jikalau arwah merupakan salah seorang cheque signatory, syarikat tak boleh keluarkan cheque baru sehingga Surat Kuasa Mentadbir diperolehi dan Pentadbir harta melantik Cheques Signatory yang baru.

Pihak syarikat akan bermasalah untuk issue cheque dan wang tak dapat dikeluarkan/terbeku untuk bayar gaji staff, bayar hutang-hutang pinjaman bank, hutang supplier/pembekal, bayar duit utilities,OPEX(operation expenditure) dan sebarang keperluan perniagaan

Ini boleh membantutkan operasi perniagaan sepenuhnya.

5) PERMASALAHAN DENGAN WARIS-WARIS SHAREHOLDERS YANG TIDAK SEHALUAN

Waris-waris simati mungkin tidak berikan kerjasama dengan shareholders lain atau juga mereka tidak berminat atau tak mahu majukan syarikat. 

Lebih parah, ada hanya mahu menjadi sleeping partners yang hanya mahu ambil dividen dan untung tanpa mahu terlibat secara langsung dengan syarikat.


– Tak mahu bekerjasama
– Tak berminat dalam perniagaan

6) TIADA PENGGANTI SHAREHOLDERS  YANG SESUAI

Rentetan no 5, Shareholders yang masih hidup mendapati tidak ada pengganti yang bekelayakan dan berminat dalam menjalankan perniagaan dari kalangan ahli waris. 

Dalam masa yang sama mereka juga tak mahu waris-waris menggangu perjalanan syarikat.

Maka disini perlu dilakukan pengambilalihan saham shareholder yang mati dahulu dan berikan pampasan yang sesuai kepada waris-waris simati


7) KEMATIAN KEYMAN/ORANG PENTING SYARIKAT

Jika simati adalah keyman yang hebat dan unggul (player) dalam bisnes.

Keyman tak semestinya pemilik syarikat, tapi sumbangan dan peranannya dalam bisnes yang dijalankan menjadikan KEYMAN yang hilang disebabkan kematian boleh lumpuhkan syarikat.

KEYMAN yang hilang perlu diganti dan untuk mencari seorang yang sama level,  sama kepakaran dan kemahiran..

Dan sudah semestinyalah ia memerlukan duit dan kos dikeluarkan oleh syarikat bagi pick-up orang baru yang tahapnya sama seperti KEYMAN tersebut.

Dalam kes Farmasi Ahmad tadi, En Kamal merupakan salah satu KEYMAN dalam syarikat Farmasi Ahmad. Maka jikalau berlaku Kematian/Lumpuh terhadap En Kamal, maka seseorang pengganti perlu ada bagi mengisi kekosongan peranan En Kamal.

INI ADALAH 7 SOLUSI YANG SESUAI UNTUK ELAK MASALAH PEWARISAN PERNIAGAAN

1) SAHAM SYARIKAT TERBEKU :

Untuk masalah saham syarikat terbeku ini, pemilik perniagaan perlu buat WASIAT. Didalamnya ada pelantikan WASI selaku pentadbir harta.  Maka WASI yang dilantik ini boleh menjalankan proses pegurusan harta termasuk saham syarikat.

Apabila dimaksudkan dengan WASI ia bermaksud pentadbir , dan bukan pemilikan.

Urus pusaka paling penting adalah untuk mesti ada pentadbir harta kita. Kerana ini adalah perkara paling utama.


WASI bertindak sebagai pengurus/pentadbir sahaja bagi harta/saham tersebut. Ini boleh elakkan dari saham tersebut terbeku malah boleh menjimatkan banyak proses dan masa dalam urus pusaka simati.

Terdapat dua jenis WASI yang boleh dibuat iaitu samada WASI individu iatu orang perseorangan atau pun WASI Syarikat iaitu wasi syarikat amanah(trustee). Kedua-dua ini adalah pilihan dan mempunyai pro-con sendiri.

Saham Terbeku = Lantikan Wasi

2) MAJORITI SHAREHOLDER HILANG KUASA

Untuk masalah ini, boleh buat Hibah Saham Syarikat melalui DOKUMENTASI HIBAH HARTA. Perlu saya tekankan dan fahamkan disini Dokumentasi Hibah yang dimaksudkan disini bukan HIBAH TAKAFUL. 

Ini adalah Hibah harta sedia ada yang melibatkan saham syarikat milik pembuat hibah.

Isu yang ditunjukkan tadi ialah bila berlaku kamatian, waris-waris Ahmad masuk dalam syarikat Farmasi Ahmad dan saham syarikat tersebut sudah tiada sesiapa pemegang majoriti yang boleh buat keputusan(decision maker).

Jadi andainya berhasrat untuk kekalkan ada seorang major shareholder, maka boleh buat Hibah saham syarikat kepada seseorang contohnya isteri. Major shareholder tetap wujud selepas kematian.

majority shareholder hilang kuasa = dokuemntasi hibah saham

3) PENTADBIR HARTA TIDAK AMANAH

Untuk perkara ini, apabila lantik individu sebagai pentadbir harta,tak dinafikan boleh berlaku pecah amanah. 

Jadi jikalau ada kerisauan untuk elakkan berlaku pecah amanah atau tidak adil, kita boleh lantik Syarikat Trustee sebagai pentadbir. Ertinya Lantik syarikat amanah sebagai pentadbir (TRUST SOLUTION) dan juga buat WASIAT dengan Trustee company sebagai pentadbir/wasi.

3) PENTADBIR HARTA TIDAK AMANAH

Untuk perkara ini, apabila lantik individu sebagai pentadbir harta,tak dinafikan boleh berlaku pecah amanah. 

Jadi jikalau ada kerisauan untuk elakkan berlaku pecah amanah atau tidak adil, kita boleh lantik Syarikat Trustee sebagai pentadbir. Ertinya Lantik syarikat amanah sebagai pentadbir (TRUST SOLUTION) dan juga buat WASIAT dengan Trustee company sebagai pentadbir/wasi.


3) PENTADBIR HARTA TIDAK AMANAH

Untuk perkara ini, apabila lantik individu sebagai pentadbir harta,tak dinafikan boleh berlaku pecah amanah. 

Jadi jikalau ada kerisauan untuk elakkan berlaku pecah amanah atau tidak adil, kita boleh lantik Syarikat Trustee sebagai pentadbir. Ertinya Lantik syarikat amanah sebagai pentadbir (TRUST SOLUTION) dan juga buat WASIAT dengan Trustee company sebagai pentadbir/wasi.


Pentadbir harta tak amanah = Lantikan Syarikan Trustee

4) Tiada pengganti cheque signatutory

Bagi perkara ini solusinya adalah membuat perjanjian bertulis antara pemegang saham. 

Syarikat seriausaha (Company secretary) boleh bantu sediakan kepada semua shareholder dan disaksikan dengan peguam.  


Tiada pengganti cheque Signatutory = Buat perjanjian bertulis

5) Waris shareholder tak sehaluan.
6) Tiada pengganti shareholder yang sesuai
7) Tiada pengganti KEYMAN

Tiga-tiga perkara ini merupakan isu besar dan perlukan solusi unik yang dipanggil sebagai Bussiness Succession Trust.

Jikalau permasalahan 1-4 tadi, Ianya suatu solusi untuk penurunan perniagaan kepada waris-waris kita.

Namun bagi permasalahan 5,6,7 & 8 situasi yang dihadapi pemilik perniagaan adalah mungkin ahli waris tiada kepakaran, tidak tahu apa-apa tentang perniagaan , tidak berminat dan dikhuatiri boleh menyukarkan pengurusan perniagaan pasca kematian.


Maka sudah pasti jikalau ada situasi yang dijangka ini, Lumpuh perniagaan yang telah lama dibina ini.

Jadi apa solusinya? Memperkenalkan :

Bussiness Succession Trust (Dokumentasi Legasi Perniagaan)


Business Succession Trust ( Plan Pewarisan Perniagaan)

Langkah-langkah untuk membuat Business Succession Trust adalah seperti berikut : 

a) Nilaikan Saham Perniagaan

Katakanlah dalam satu syarikat ada 3 orang partners dengan pemilikan saham :

A= 40%
B = 30%
C = 30%

Pertama sekali mereka perlu nilaikan perniagaan mereka. Nilaikan saham pemilikan mereka. 

Nilai ini mestilah dipersetujui bersama. Objektif untuk penilaian saham perniagaan ini adalah supaya ada satu nilai yang dipersetujui semasa proses ambil alih.

Contohnya seperti diatas mereka nilaikan saham syarikat adalah RM 1,000,000.

 Maka A = 400,000. B= 300,000 dan C = 300,000

Jumlah ini perlu jelas supaya memudahkan semasa proses untuk pengambilalihan saham simati dari ahli-ahli warisnya.

b) Tetapkan sumber dana

Shareholder yang hidup akan beli shareholder yang meninggal dunia. 

Maka semua mereka perlu sediakan sumber dana untuk membeli saham tersebut kerana ia melibatkan wang yang besar.

Jadi salah satu pilihan yang ada adalah samada dari pampasan Takaful, atau tunai sinking fund. Ataupun melalui pinjaman wang.

Bagaimana pula sumber untuk bayar takaful, atau pinjaman tersebut? Ianya boleh dicadangkan untuk dibayar melalui Dividen tahunan, Director’s fees ataupun partnership expenses.

c) Buat Buy-Sell agreement

Kemudian sesama shareholders perlu buat perjanjian guaman perlu dibuat untuk perjanjian jual-beli saham. 

Perjanjian jual beli ini melibatkan shareholder yang masih hidup bersetuju untuk membeli saham shareholder yang telah meninggal dunia manakala shareholder bakal meninggal dunia telah turun tandtangan bersetuju menjual jika berlaku triggered event.

d) Perlu dibuat Power of Attorney dan Trust deeds

Bussiness succession trust ini sudah semestinya dibuat dengan Syarikat Trustee(Syarikat Amanah)

Hal ini demi memastikan tiada berlaku pecah amanah dan dilindungi undang-undang negara.

Melalui jalan ini, ianya menjamin hasrat-hasrat yang bakal dilaksanakan selepas kematian salah seorang shareholder terlaksana

APA YANG BERLAKU BILA SALAH SEORANG MENINGGAL DUNIA

1) Syarikat Trustee akan diberitahu
2) Trustee keluarkan dana
3) Jika berjaya dikeluarkan dana akan wujud tabung A
4) Bayaran untuk saham A
5) Trustee pindah saham A kepada B & C
6) Trustee kutip kekurangan dari B & C jika ada
7) Duit jadi pusaka A : Faraid

Duit dari penjualan saham A dalam BUSSINESS SUCCESSION TRUST (Dokumentasi Legasi perniagaan) ini tak boleh dihibahkan. Ia akan jatuh bawah hukum faraid. 

Namun boleh dibuat pesanan dalam wasiat jika ada hasrat dan akan mengikut faraid.

Kesimpulan :
> Rujuk pakar untuk bantu
> Jangan biarkan duit terbeku dalam akaun syarikat
> Sediakan exit plan dalam pengurusan harta syarikat


Asyraf Rangga

Join Klik Telegram Asyraf Rangga : Tips Kewangan



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *