Perhatian tuan-tuan ini kefahaman yang paling wajib tahu dalam bertakaful
Takaful ni ada
3 Fasa menunggu(waiting period)
dan 1 Fasa boleh pertikai(contestable period)
so bukanlah after apply takaful dan lulus pernohonan kita akan terus been covered
Untuk tempoh menunggu ada 3 :
FASA 1 : Setelah diluluskan permohonan :
– Biasanya akan dapat sms beritahu polisi dah lulus@approved.
– Masa ni isu accidental covered. Isu-isu kemalangan
FASA 2 : 30 hari setelah tarikh lulus polisi
– Boleh pakai untuk sakit-sakit biasa (deman usually)
– dan sakit-sakit yang bukan di bawah sakit-sakit dibawah sakit 120 hari
FASA 3 : Setelah 120 hari dari tarikh diluluskan polisi
Fasa ini polisi takaful mula melindungi sakit kritikal dan client ada
FASA KE-4 (CONTESTABLE PERIOD)
namanya fasa boleh pertikai@contestable period@investigation period.
ni fasa paling kita nak selesai segera dan kebanyakan ejen takaful selalu tak cerita fasa ni
tapi saya paling suka cerita
selama mana fasa 4 ni?
SELAMA TEMPOH 2 TAHUN
Maksudnya sebarang polisi takaful bawah 2 tahun, bila kita issue claim, syarikat ada hak untuk investigate kalau claim yang dibuat tu ade keraguan
contoh : dia dah pun setahun polisi dia, tetapi ade ketumbuhan sebesar bola takraw dan nak buat operate, pihak takaful ada hak untuk hold payment.
dan investigate dahulu isu ni untuk pastikan adakah client ni sudah pernah ada sakit tersebut sebelum dia ambil polisi atau sesudah dia ambil polisi.
Selesai investigate barulah syarikat akan tentukan akan cover atau tak.
kenapa?
sebab dalam clause takaful/insurans, semua yang nak masuk takaful kena declare status kesihatan terkini.
Dimudahkan cerita syarikat takaful nak tahu, adakah client ni dah pernah ada sakit ketumbuhan ni sebelum dia jadi peserta takaful
supaya duit claim yang bakal dia nak bagi ni diberikan kepada yang sepatutnya layak.
duit takaful itu adalah tabaru’ amanah orang ramai. Perlu beri kepada yang betul-betul berhak
Jadi, terkadang dalam situasi ini, claim client akan jadi PAID & CLAIM
maksudnya client perlu buat bayar dahulu total treatment cost, kemudian apabila investigation selesai, dan jika keputusannya terbukti yang client dapat sakit selepas jadi peserta takaful, maka semua duit yang sudah dibayar akan dipulangkan semula
Dan begitulah sebaliknya,kalau didapati peserta takaful itu dah sakit baru mohon dan tak pernah declare tahap kesihatan atau sejarah kesihatannya maka pastinya tuntutan claim akan ditolak syarikat.
Fahami tempoh menunggu dan tempoh boleh pertikai ini betul-betul supaya jadi seorang yang celik takaful dan bersedia sebarang situasi
Asyraf Rangga
Konsultan & Pelebar ilmu takaful di Malaysia
0132002460