Cara Guna Medical Card Anda (Cara guna medical card takaful untuk masuk ward)

cara guna medical card.

Cara guna medical card apa-apa takaful atau insurans sekalipun sebenarnya adalah sama.

Pertama sekali pastikan yang plan anda miliki itu adalah medical card dan bukan plan takaful hayat atau plan kemalangan.

Pastikan juga anda dah ada nombor tuntutan 24 jam(claim department) yang bersedia untuk menerima panggilan anda.

Antara yang perlu ditanyakan semasa hubungi nombor tuntutan 24 jam adalah :
– Tanyakan polisi anda masih aktif/inforced @ tidak
– Tanyakan tentang panel hospital swasta sekitar anda berada
– Tanyakan tentang sudah berapa lama tempoh polisi anda

Okay, semasa kejadian nak buat claim, Jikalau kes emergency seperti kemalangan, maka anda boleh terus ke hospital swasta panel anda.

Namun kalau kes bukan kes emergency

1) Pergi klinik biasa dahulu @klinik swasta. Sila dapatkan pemeriksaan awal dari doktor klinik.

2) Andai doktor klinik mendapati kita perlukan pemeriksaan lanjutan atau rawatan advance, doktor akan buat satu surat rujukan untuk kita bawa ke hospital besar@hospital swasta.

3) Ketahui diagnosis penyakit anda dan pastikan ianya dah melepasi tempoh menunggu tertentu. Rujuk disini untuk baca tentang tempoh menunggu dalam medical card

4) bawa surat rujukan yang diberikan ke panel hospital bagi medical card kita. Rujuk senarai hospital panel medical card anda. Boleh call juga nombor tuntutan 24 jam medical card anda untuk tahu

5) pemeriksaan lanjut akan dibuat oleh doktor. Di hospital panel, andai kriteria kita perlukan kita untuk dapatkan rawatan lanjut dan warded, pihak hospital akan memohon GL(Guarantee Letter) dari syarikat takaful

6) Perlu sentiasa follow up status GL(Guarantee Letter) kita dengan call nombor care line 24 jam syarikat takaful kita untuk tanyakan sudah approved atau belum

7) Kita boleh diwardkan jika GL diluluskan tanpa sebarang isu.

Asyraf Rangga
jemput masuk ke telegram channel saya ya
Klik sini(channel telegram)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *