Tugas Seorang Konsultan Takaful

Tugas Seorang Konsultan Takaful



Dapat soalan dari seorang junior universiti tempat belajar dulu

================================

Assalam Maaf ganggu

1) Boleh terang sikit tak tentang agen takaful ni? Apa jobscope dia?
2) Persediaan dia?
3) Komitmen dan sebagainya
4) Sesuai tak untuk yang kerja office hour?
5) Dan apa² lagi yg perlu consider sebelum menceburkan diri
6) Saya jurusan farmasi tengah fikir untuk side income sementara nk tunggu panggilan provisional

===================================

Disini jawapan bagi persoalan berikut :

1) Boleh terang sikit tak tentang agen takaful nii? Apa jobscope dia?

Agent@ejen@saya suka sebut konsultan takaful ini adalah merupakan perantara.
Perantara antara syarikat pengendali takaful dan pelanggan@customer.

Sebelum Tu,takaful ni apa?Takaful ini adalah perlindungan kewangan.
Backup plan, semasa berlaku musibah yang boleh rosakkan kelancaran kewangan seseorang
Macam kereta, kereta lancar berjalan dengan 4 tayar betul? Tapi tahukah kita kereta sebenarnya ada 5 tayar.
Satu lagi tu adalah tayar spare yang ada dalam bonet kereta kita yang bersedia kalau-kalau bocor, meletup,yang boleh menyebabkan kereta tak boleh berjalan. Maka tayar yang kita simpan dekat bonet kereta ni akan bantu.

Ejen takaful? Tukang nasihatkan manusia untuk sediakan tayar spare atau nasihatkan orang sekeliling kepentingan adanya airbag kereta.
Senang kan nak faham?

Okay secara details ejen@konsultan takaful :
Tugasan kita adalah- Berikan kesedaran kewangan patuh syariah- Berikan kesedaran perlindungan kewangan(takaful)- Konsultasi dan nasihatkan jenis produk, keperluan produk takaful kepada para pelannggan di luar sana- Bantu pelannggan takaful memahami,melanggan dan maintain dengan produk takaful mereka.

2) Persediaan dia?
Persediaan menjadi konsultan takaful adalah

Ada dua persediaan paling penting :BOLEH DIAJAR & BOLEH MENGAJAR

Takaful bukan macam produk lain

Contohnya kalau kita jual kuih kapit sempena nak raya,kita perlu tunjukkan gambar kuih, bagi tester .Takaful perlukan kita untuk selling idea sebab ia melibatkan nasihat yang berkaitan kesedaran kewangan

Maka kena banyak adakan sharing & presentation. Sebab itu persediaan anda adalah boleh diajar melalaui training & coahing oleh leader dan syarikat sediakan.

Serta ready untuk mengajar, share idea of the beauty of financial planning via takaful kepada masyarakat luar sana.

Zaman media sosial ini boleh kreatif gunakan laman Facebook, Instagram, YouTube, zoom, Skype dll
Boleh tengok contoh YouTube saya :

YouTube Asyrafuddin Sharing

3) Komitmen dan sebagainya
– Cukupkan 30 cpd hours (via online dan offline training)
– Cukupkan 15 submission case @ produk setiap tahun. Itu sahaja. Senang kan?

4) Sesuai tak untuk yang kerja office hour?

Sangat-sangat sesuai sebab bisnes takaful ini tak perlukan untuk kita terikat dengan masa, tempat dan hari tertentu.

Sekadar coretan pengalaman. Saya jadi konsultan semasa tahun 3 universiti
Yap semasa Masih belajar 

Tahun pertama dan kedua jadi konsultan (2013 & 2014) = partimer sebab masih belajar di UIAM
Tahun ketiga jadi konsultan (2015) Masih partimer sebab bekerja di singapore
Tahun ke-4(2016) saya full-time agent.
Alhamdulilah tahun(2018) dinaikkan pangkat jadi agency manager.
Sehingga kini alhamdulillah sudah 7 tahun jadi ejen dan sudah masuk tahun ke-5 bergelar fulltimer agent

5) Dan apa² lagi yg perlu consider sebelum menceburkan diri
– never stop learning
– never stop doing

Pertama : Semua orang boleh tahu dan faham sesuatu, tetapi tak semua orang mahu terus istiqamah mengetahui dan memahami sesuatu

Kedua : Semua orang yang dah tahu itu pula, tak semua orang yang buat, Dalam ramai-ramai yang buat pula, tak ramai yang terus istiqamah untuk buat

Bahasa mudahnya nak berjaya dalam bisnes takaful. Jangan berhenti belajar dan buat.

6) Saya jurusan farmasi tengah fikir utk side income sementara nk tggu panggilan provisional

Silakan.
Market takaful dekat Malaysia sangat Luas.
Bayi seawal usia 15 Hari sampai nenek berusia 80 tahun boleh ambil takaful
Market penetrations orang yang Ada takaful Di Malaysia baru ada 15% sahaja
85% orang tiada takaful!!!

Jom jadi ejen

wasap.my/+60132002460/KerjayaTakafulBersamaISOFF
wasap.my/+60132002460/KerjayaTakafulBersamaISOFF
wasap.my/+60132002460/KerjayaTakafulBersamaISOFF

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *