Ilmu Deferment management : Mengurus APS(Attending Physician/Doctor statement), Ambil keterangan doktor yang merawat

ILMU DEFERMENT : Attending Physician Statement@ Attending Doctor Statement

Ambil report doktor di hospital yang merawat client/pelanggan

Ini adalah step by step bagaimana nak memohon keterangan doktor yang merawat untuk kes takaful yang terkena deferment APS.
.
Selaku konsultan takaful, kita akan ada waktu dimana client kita yang baru nak mohon takaful dah ada sakit sedia ada.
.
Maka akan ada dua keadaan yang mungkin client perlu buat.

  • Kena buat Medical chekup
  • Kena ambil Medical report APS
    .
    Dalam entry kali ini akan ceritakan tentang yang no dua iaitu kena ambil medical report APS.

Tugas kita memudahkan client kita dalam situasi ini.
.

Pertama sekali. download deferment yang dikeluarkan oleh syarikat.

Cara semak dan download

  • Buka icms
  • Quick link
  • Apss tracker
  • Pending
  • tengok nama client, pergi sebelah kanan, tengok ada tak EUWR Deferment(tulisan biru). tekan dan download

kemudian baca apa yang diminta oleh syarikat

biasanya ia berkaitan penyakit yang telah dinyatakan oleh client dan perlu diambil report tersebut di hospital/klinik dan doktor yang merawat.

Dalam deferment tersbut biasanya Syarijat dan. pun berikan senarai borang/form yang perlu diisi oleh doktor yang merawat.

semua borang/form ini paling penting untuk kita berikan pada hospital/doktor nanti

1️⃣ call hospital yang client buat rawatan minta sambung ke bahagian medical record department(jabatan rekod)

2️⃣ tanyakan med record department boleh tak kita mohon APS via email sahaja

3️⃣ kalau boleh mintak via email sahaja, maka mintak email mereka, mintak apa maklumat yang mereka perlukan dan tanyakan berapa bayaran untuk dapatkan report.

Client akan perlu bayar kemudian boleh refund semula. (beritahu siap2 kepada client perlu persedian kos ini dan hanya akan refund jikalau polisi lulus/approved)

4️⃣ Biasanya hospital akan minta

  • Surat kebenaran izin@ consent letter yang ditandtangani client
  • ic ejen
  • ic client

Zurich sebenarnya dah sediakan dah surat kebenaran izin ini, cuma kadang-kadang ada permintaan khas dari hospital/klinik jadi kita mesti tanya medical report department tersebut

contohnya KPJ dan PUSRAWI ada borang consent dia sendiri

Hospital kerajaan pula ada kaedah bayaran tersendiri contohnya guna wang pos

5️⃣ Tanyakan juga berapa lama boleh siap.

Hospital swasta biasanya boleh awal dalam 2,3 hari hingga seminggu dua.

Hospital kerajaan biasanya ambil masa 40 hari

6️⃣ Tanyakan mereka boleh tak kurier report yang dah siap. biasanya ada caj kurier rm10

7️⃣ Hantar@emailkan kepada medical teport semua APS beserta client consent

dan kepilkan sekali

  • ic client
  • ic ejen
  • slip bayaran yang diminta(jika perlu)

Minta client ready dengan duit untuk bayaran APS

8️⃣ follow up medical report department/jabatan rekod hospital untuk tahu perkembangan status APS yang dihantar

9️⃣ Jikalau polisi approved, duit bayaran report APS akan dimasukkan ke akaun komisyen ejen semula

Sekian
Asyraf Rangga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *