Apa kriteria perlu lihat sebelum pilih dana unit trust untuk melabur dalam unit trust?

Di Malaysia, ada lebih kurang 400 Dana Unit Trust (100++ Dana Syariah) dan lebih dari 20 Fundhouse yang menawarkan Dana-dana Unit Trust kepada pelabur.

Persoalannya, sebagai pelabur, bagaimana anda ingin tahu Dana Unit Trust yang terbaik dan perform untuk mulakan perlaburan?

Adakah Dana yang banyak memenangi award?
Adakah Dana yang mendapat rating yang tinggi?
Adakah Dana yang harga murah?
Atau adakah Dana yang menawarkan free Insuran atau Takaful?

Justeru ada beberapa kriteria pemilihan dana unit trust yang boleh pelabur gunakan :

1) Risk Appetite
Setiap pelabur harus tahu tahap risiko perlaburan yang mereka berani ambil sebelum memulakan perlaburan.

Adakah anda seorang yang Aggresive, Moderate atau Low Risk.

Ianya memainkan peranan penting agar pemilihan Dana adalah penting mengikut Risk Appetite anda.

Perlu ada keseimbangan dalam memilih dana yang bersesuaian dengan matlamat dan tahap kesanggupan anda.

Ingat term Perlaburan “High Risk, High Return”.

2) Matlamat Pelaburan.

Apakah matlamat perlaburan anda?
Short term atau Long term?
Untuk hari persaraan atau untuk pendidikan anak-anak?

Jika tiada matlamat sukar untuk tentukan berapa nilai perlu anda laburkan setiap bulan untuk capai matlamat tersebut.

Matlamat pelaburan ini boleh jadi jumlah yang kita hendak capai.

Meletakkan matlamat tempoh pelaburan yang jelas contohnya 1 tahun, 5 tahun atau 20 tahun dapat mengelakkan kita melabur dalam dana yang salah.

  1. Tempoh Perlaburan

Pelaburan adalah untuk tempoh jangkamasa yang panjang dan hentikan mentaliti untuk mendapatkan pulangan tinggi dalam jangkamasa pendek.

Ianya tidak releven untuk mentaliti seorang pelabur.

Ini kerana dalam pelaburan akan ada masa pasaran naik dan turun. Nilai pasaran tidak akan naik selamanya dan tidak akan turun selamanya. Pasaran sentiasa bergerak dalam kitaran naik dan turun.

4) Dollar Cost Averaging Strategi

DCA adalah strategi pelaburan konservatif yang membahagikan modal pelaburan kita kepada beberapa bahagian sebelum melabur untuk jangka masa tertentu secara berkala tanpa menghiraukan pergerakan harga saham tersebut.

Matlamat utama didalam strategi pelaburan DCA ini adalah untuk mendapatkan kos purata harga saham yang rendah untuk jangka masa yang panjang.

4) Diversify Investment Portfolio

Mungkin anda pernah dengar “don’t put all your eggs in one basket”.

Diversification adalah satu cara yang boleh membantu mengurangkan risiko dalam pelaburan.

Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk pemelbagaian, sama ada mempelbagaikan kelas aset atau instrumen pelaburan.

Nak melabur dalam unit trust dan private mandate?
Tekan link ini :
Ingin Labur
Ingin Labur
Ingin Labur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *