5 Kepentingan Hibah Takaful

5 kepentingan Hibah Takaful

Kepentingan Hibah Takaful
Hibah Takaful & Kepentingannya

Ramai orang menyebut tentang Hibah Takaful. Apakah itu Hibah Takaful dan apakah kepentingan Hibah takaful? Sebelum itu saya nak maklumkan, Hibah takaful bukan produk takaful. Hibah Takaful adalah salah satu jenis penamaan dalam polisi takaful hayat. Antara penamaan lain dalam takaful hayat adalah penamaan wasi.

Apabila peserta takaful itu memilih penamaan Hibah dalam takaful maka orang yang dihibahkan itu nanti akan menjadi benefisiari penerima mutlak terhadap duit pampasan kematian tersebut. Contohnya Abu ambil polisi takaful Jumlah pampasan RM 500,000 dan letak nama isterinya Sofea sebagai penama Hibah 100%. Selepas Abu meninggal, Sofea menuntut di pejabat takaful duit 500,000 tersebut dan Sofea dapat keseluruh duit dalam akaunnya. Ya, menarik kan?

Pampasan RM 500,000 itu Sofea tak perlu berkongsi dengan sesiapa dan pampasan ini juga tak lalui proses urus pusaka untuk menuntutnya. Justeru pampasan takaful yang dihibahkan pada Sofea ini tak perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Jadi berikut disertakan 5 kepentingan Hibah Takaful :

1) Kepentingan Hibah takaful : Gantian Pendapatan

 

Hibah Takaful kepentingan
Kepentingan hibah takaful sebagai gantian pendapatan

Ini adalah satu sebab paling utama kenapa hibah takaful jadi sangat-sangat penting. Hibah Takaful adalah sebagai gantian pendapatan kepada keluarga. Semasa terjadinya kematian seorang suami, disamping kita kehilangan suami/bapa, kita juga kehilangan pencari nafkah utama yang bawa masuk pendapatan/income dalam keluarga.

Kehilangan suami/bapa tersebut tak dapat diganti, namun kehilangan income/pendapatan dapat digantikan melalui pampasan Hibah Takaful.

2) Kepentingan Hibah Takaful : Dana Pantas

 

Hibah Takaful kepentingan
Kepentingan hibah takaful sebagai dana pantas urus pusaka

Hibah takaful menyediakan dana pantas yang amat diperlukan oleh ahli waris semasa urusan harta pusaka. Kos yang diperlukan termasuk untuk kegunaan seperti duit minyak ulang alik pejabat tanah, Amanah raya, mahkamah tinggi serta institusi kewangan lain seperti bank, JPJ dan LHDN. Disamping itu Hibah takaful juga penting semasa proses ingin tebus bahagian waris faraid semasa sesi penyelesaian dan pembahagian pusaka.

3) Kepentingan Hibah Takaful : Penyelesaian Hutang

 

Kepentingan hibah takaful sebagai penyelesaian hutang
Hibah Takaful sebagai penyelesaian hutang diadun dengan penamaan wasi

Kepentingan Hibah Takaful yang ketiga ini adalah berkaitan penyelesaian hutang si mati. Hutang wajib dibayar walaupun kita telah meninggal dunia. Dengan menyediakan ahli waris sejumlah wang melalui Hibah Takaful, ahli waris lega kerana tak perlu keluarkan duit mereka sendiri atau tak perlu jual asset untuk bantu selesaikan hutang si mati.

Bagi melicinkan proses penyelesaian hutang, dicadangkan untuk dibuat penamaan takaful tersebut sebahagian penama wasi & sebahagian penama Hibah takaful.

4) Kepentingan Hibah Takaful : Penerima Mutlak & Segera

 

Kepentingan Hibah Takaful dapat memberi penerima mutlak dan segera
Hibah takaful memberi penerima pampasan mutlak dan segera

Dengan meletakkan penamaan Hibah dalam takaful, penerima mutlak terhadap duit pampasan itu telah pun termaktub. Penama Hibah tersebut adalah pemilik mutlak terhadap duit pampasan tersebut.

Sejak 2014 diluluskan penamaan Hibah bagi Takaful oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara, ianya melegakan banyak pihak. Pampasan itu tidak perlu melalui proses urus pusaka yang agak panjang serta duit itu tidak perlu dibahagikan mengikut Faraid.

5) Kepentingan Hibah Takaful : Dana Pendidikan Anak-anak

 

Kepentingan hibah takaful sebagai dana pendidikan anak
Hibah takaful sebagai dana pendidikan anak yang terjamin

Hibah takaful beri besar makna dan kepentingan bagi anak-anak yang menjadi yatim apabila kematian ayah/ibu mereka. Pendidikan adalah satu perkara wajib bagi setiap anak. Dengan adanya Hibah takaful yang diberikan kepada keluarga, dana pendidikan anak-nak wujud dan boleh perbaiki masa depan mereka.

Kesimpulan :

 

Hibah Takaful mempunyai banyak kepentingan dari pelbagai segi. Ianya sudah menjadi kemestian dan memberi makna besar kepada ahli keluarga. Jikalau anda masih belum membuat penamaan Hibah takaful, bersegeralah melakukannya. Dan jikalau anda belum lagi memiliki takaful, kami disini membantu anda

Asyraf Rangga

Klik sini untuk perbincangan Hibah Takaful khas untuk anda
Klik sini untuk perbincangan Hibah Takaful khas untuk anda
Klik sini untuk perbincangan Hibah Takaful khas untuk anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *