Buat Mereka Yang Ingin menjadi Ejen Takaful baca sini dahulu

Jadi ejen takaful ni best ke?
Mudah ke nak jadi ejen takaful?

Ejen takaful merupakan satu kerjaya yang sudah lama bertapak di Malaysia. Tugasan seorang ejen takaful adalah mempromosi, mengenalkan, menasihati, dan mengajak orang rami untuk membuat akaun Takaful.

Tujuan kita mengajak orang mengambil dan membuat akaun takaful adalah untuk memberikan perlindungan kewangan yang ampuh semasa menghadapi ujian/musibah kewangan

Musibah kewangan yang dilindungi dalam plan takaful adalah seperti
1- Ganti income semasa kematian pencari nafkah
2- Ganti income semasa terkena lumpuh cacat kekal
3- Pampasan anggota badan cacat,putus, hilang upaya kemalangan
4- Ganti income semasa berhenti kerja cuti MC panjang
5 – Pampasan semasa terkena penyakit kritikal berbahaya
6 – Bayarkan bil rawatan di hospital swasta semasa nak dapatkan rawatan yang selesa dan cepat

Kesemua musibah kewangan ini mencipta produk atau plan takaful yang pelbagai.
Setiap kita ada keperluan yang berbeza dalam nak ambil plan Takaful, maka sebab itu tugas seorang ejen takaful yang bijak adalah

1) mengenal pasti situasi kewangan dan musibah kewangan yang perlu untuk client
2) Match making produk takaful yang sesuai dengan client tersebut
3) Menasihati dan menyusun susunan plan lengkap
4) Mengambil kira keperluan dan kemampuan kewangan client dalam ambil plan takaful

Sebagai seorang ejen takaful juga, kita sebagai perantara antara company takaful dan client takaful
Ada sesetengah terma dan kaedah atau SOP yang perlu diterangkan secara layman term yang perlukan komunikasi kepada client

Disini peranan tambahan ejen takaful menyediakan ruang atau platform menerangakan secara bahasa mudah faham kepada para bakal dan pelanggan sedia ada Takaful

Sebagai contohnya, saya sendiri  membuat website ini , youtube (Asyraf Rangga) dan telegram channel untuk menyalurkan maklumat berguna kepada para pelanggan saya dan bakal pelanggan

malah kandungan dalam semua platform yang saya buat juga memberi bantuan kepada ejen dalam team yang saya rekrut serta pihak luar yang sedang mencari info lanjut

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *