Kenaikan harga medical card Zmed Protect Zurich Takaful

Soalan : Medical Card Zmed protect akan naik harga atau tidak

Baik soalan ini tentang adakah medical card Zmed protect zurich takaful ini akan naik harga?

Pertama sekali , untuk pengetahuan semua mana-mana medical card pasti akan naik harga. Jadi janganlah terpesona jikalau mana-mana konsultan atau ejen takaful/insurans beritahu yang medical card syarikat mereka tidak naik harga

Baik, Kenaikan harga medical card boleh berlaku dengan 2 cara
– disebabkan usia
– disebabkan kadar claim

1) Kenaikan harga disebabkan kenaikan usia (Repricing because of age)

Medical card Zmed protect salah satu yang ada kenaikan disebabkan oleh usia. Namun bukan semua usia naik harga, ada juga yang turun harga dalam plan Zmed protect. saya akan terangkan lagi dibawah

Perubahan harga ini boleh dilihat anggaran dalam brochure Zmed Protect, download disini :

Brochure Medical Card Z-MedProtect Takaful

Jom kita tengok contoh :
Katakanlah Saiful, seorang lelaki usia 24 tahun, beliau nak ambil pelan 5
Jom tengok dalam jadual ni :


Saiful, Lelaki usia 24 tahun harga bagi Zmed protect Pelan 5 adalah RM 1,132 setahun. manakala bila Saiful berusia 25 tahun, harga Zmed protect Pelan 5 adalah RM 1,169, ada kenaikan harga sebanyak RM 37 setahun.

Namun………..!!

Dalam masa yang sama, client yang mengambil Zmed protect ni menikmati diskaun 10% jikalau client tak buat claim sepanjang tahun , maka boleh dapat diskaun next year caruman.

Contohnya macam Saiful tadi semasa usia 24 tahun harga Pelan 5 = RM 1,132, bila masuk usia 25 tahun harga Pelan 5 = RM 1,169. Katakanlah Saiful ni semasa usia 24 tahun, dia tak pernah claim, maka Saiful dapat diskaun untuk usia 25 sebanyak 10%. Jadi dari dia bayar RM 1,169, setelah diskaun dia hanya kena bayar RM 1,052.10.

Maka semasa renewal Saiful bayar caruman lebih murah dari semasa berusia 24 tahun. Menarik kan?

Seterusnya :

Plan Medical Card Zmed Protect juga ada penurunan harga bagi sesetengah usia tertentu. Sebagai contoh saya tunjukkan :

Katakanlah seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun,namanya Zahid. Ayahnya nak ambilkan medical card Zmed protect Pelan 5, harganya adalah RM 1548 setahun.

Namun, bila Zahid naik usia kepada 5 tahun, harganya menurun menjadi RM 1406. Jadi turun harga sebanyak RM 142 ! banyak kan?

Tengok dekat sini jadual carumannya saya screenshot :

Namun bukan itu sahaja !

Jikalau anak bernama Zahid ni tak buat sebarang claim semasa berusia 4 tahun maka harga RM1,406 dapat diskaun lagi 10% menjadikannya RM 1265.40 sahaja setahun. Tambahan penjimatan total sebanyak RM 282.60 bagi situasi usia 4 tahun hingga usia 5 tahun. Best!

Okay jom tengok lagi berapa pula bila masuk usia 6 tahun dan seterusnya :

Senarai harga Pelan 5 Anak lelaki usia 4 tahun sehingga dia berusia 21 tahun

Usia 4 tahun : RM 1548
Usia 5 tahun : RM 1406
Usia 6 tahun : RM 1304
Usia 7 tahun : RM 1218
Usia 8 tahun : RM  1143
Usia 9 tahun : RM 1081
Usia 10 tahun : RM 1037
Usia 11 tahun : RM 1004
Usia 12 tahun : RM 981
Usia 13 tahun : RM 973
Usia 14 tahun : RM 976
Usia 15 tahun : RM 996
Usia 16 tahun : RM 1028
Usia 17 tahun : RM 1029
Usia 18 tahun : RM 1038
Usia 19 tahun : RM 1047
Usia 20 tahun : RM 1058
Usia 21 tahun : RM 1079

Jikalau tengok disini, ada trend penurunan harga caruman semasa usia anak itu 4 tahun sampai 13 tahun. Kemudian barulah caruman naik balik semasa usia 14 tahun keatas

itulah salah satu keunikan Zmed protect, bukan sahaja ada situasi usia naik harga tapi ada juga turun harga disebabkan usia.


2) Kenaikan Harga disebabkan Kadar claim

Setiap syarikat takaful pada setiap tahun akan menyemak kadar claim dan kadar caruman client. Adakah caruman yang diberikan masih lagi reasonable untuk diteruskan dengan caruman harga yang sama atau perlu dilakukan repricing (kenaikan harga)

Antara faktor yang akan mempengaruhi termasuklah
1. Kos rawatan itu sendiri yang meningkat
2. Kenaikan inflasi perubatan
3. Penemuan dan pembelian teknologi baharu yang memudahkan @ percepatkan proses kesembuhan/rawatan.
4. Specialist /kepakaran dalam perubatan
5. Ubat-ubatan luar
6.  Kadar tukaran matawang

Semua medical card termasuk Zmed protect berisiko dinaikkan harga jika perlu oleh syarikat takaful
setelah menyemak kadar caruman dan kadar claim.

Namun kelebihan di ZmedProtect carumannya yang sangat berbaloi ditambah dengan
– Jikalau tidak buat claim/tunttuan sebanyak 10% caruman lebih murah next year
– Diskaun caruman hingga 10% jikalau ambil secara family package

Maka Zmed protect pilihan yang berbaloi untuk Medical Card Keluarga anda di Malaysia

Saya Asyraf Rangga ,
konsultan kewangan anda

Hubungi Asyraf Rangga disini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *