GL CEPAT ATAU LAMBAT?
Soalan tentang Guarantee Letter (GL) cepat atau lambat ini adalah soalan paling selalu ditanya oleh mana-mana client sebelum nak ambil Medical Card . GL adalah Guarantee Letter atau dipanggil surat jaminan yang memberitahu client tentang jaminan dari syarikat takaful
Biasanya diberitahu melalui SMS atau calling.
Baik tentang GL cepat atau lambat, soalan ini kita selaku client kena betul-betul faham tentang perkara ini supaya kita dapat bertenang semasa situasi kita perlu pakai Medical card kita
GL cepat atau lambat bergantung kepada unit yang handle GL
yang libatkan bebeapa unit/indivdu
1) Staff registration hospital
2) Doktor yang buat report
2) Claim department
Gl juga bergantung tahap keterukan sakit kita. Biasanya mereka yang lebih emergency situasinya akan didahulukan sebab kena rawatan segera dan GL juga kena segera
GL juga bergantung kepada sejauh mana report doktor yang merawat untuk submitkan report lepas tengok pesakit.
Andai doktor yang merawat kita masa tu ada emergency situation maka ada kemungkinan dia akan ada lambat sikit nak uruskan permohonan GL kita sebab ada kemungkinan kita situasi kita kurang emergency dari orang yang lain.
Yang pastinya Claim department kena tunggu dulu report doktor yang merawat kita dan permohonan dari staff hospital barulah mereka boleh beri kata putus tentang approval GL
Pengalaman saya sendiri, GL anak saya masuk ward dua kali
Kali pertama dapat kesesokan hari sebab saya masuk hospital malam sabtu hari tu doktor pakar saya sudah berehat balik rumah.
Yelah malam kan , so pagi ahad tu baru Doktor isi form submit permohonan GL
Kali kedua masuk masa tu pagi-pagi khamis saya hantar anak masuk hospital, yang ni cepat sebab memang pagi-pagi doktor dah bekerja.
Jadi kena faham betul situasi ini supaya tidak terkejut.
Sebagai pemegang kad medical card takaful, sebaik2nya kena tunggu GL approved baru admit ward.
Biar Tahu Jangan Keliru