Medical Card bayarkan bill kita terus atau kita kena dahulukan duit kita dulu? (Cashless atau Reimbursement)
Bila kita ambil medical card takaful/insurans, adakah kita akan terus dilindungi sepenuhnya tanpa kita keluarkan duit jita langsung atau kita kena bayar dulu semua bill rawatang dan kemudian barulah syarikat takaful akan bayar balik duit kita?
Soalan ini bahasa mudahnya adalah sama ada kita dapat terus CASHLESS FACILITIES atau REIMBURSEMENT BASED bila kita buat claim/tuntutan medical treatment?
Soalan ini antara soalan yang popular ditanyakan oleh client dan mereka yang nak mengambil takaful
Adakah saya kena dahulukan duit dulu atau terus medical card cover
Okay soalan ini perlu dijawap dengan teliti dan harus difahami jawapannya.
Jika anda seorang ejen, sampaikan ilmu ini sebaik-baiknya
Jika anda seorang client, fahamkan betul-betul medical card memang ada proses/situasi untuk melindungi secara cashless@secara reimbursement ya.
Dengan kefahaman yang betul, kita akan lebih memahami plan yang kita ambil ini.
Pertama sekali mana-mana medical card adalah dengan REIMBURSEMENT BASED, Maksudnya secara asasnya mana-mana medical card semuanya adalah pay & claim
Namun, syarikat berhak untuk memberikan CASHLESS FACILITIES dengan memberi Guaranteed Letter (surat jaminan) semasa client nak masuk ward dan rawatan dalam ward.
Biasanya kriteria yang diperboleh untuk dapatkan cashless facilities adalah :
1) Sudah lepasi tempoh menunggu tertentu
Ya, bila kita ambil takaful Ianya bukan terus lindungi kita. Ada tempoh menunggu, kerana itu ejen takaful selalu ingatkan agar segera mengambil Takaful, sebab nak lepaskan tempoh menunggu yang mencabar ini. Ini Contohnya :
Hari polisi lulus : Hari pertama cover untuk kes kemalangan
Hari ke -30 : Cover untuk sakit-sakit biasa termasuk demam denggi
Hari ke-120 hari cover untuk sakit kritikal
2) Sudah melepasi contestable period/tempoh boleh pertikai/tempoh boleh siasat :
Okay disini antara perkara paling sangat penting. Tempoh boleh pertikai ini hingga 2 tahun. Dalam tempoh ini meskipun medical card kita dah melepasi 120 hari, tapi belum lepasi 2 tahun@24 bulan, sebarang claim yang ingin dibuat, syarikat berhak untuk investigate
Perkara ini lah antara yang akan menyebabkan kita perlu bayar dahulu dan kemudian claim dengan syarikat Takaful.
Hal ini kerana syarikat takaful selaku pemegang Amanah duit tabaru’ orang ramai ingin tahu adakah penyakit yang client ingin rawat ini sudah pernah client didiagnos/dirawat sebelum mohon medical card tersebut.
Dan jikalau didapati memang client tidak pernah ada sejarah sakit itu, claim tersebut akan diberikan balik. Jangan risau
Contoh yang pernah terkena pada client saya adalah seperti berikut :
Ustaz Din, seorang anggota Polis Bahagian Agama dan Kaunseling(BAKA) ada ambil medical card dengan saya dan sudah lepasi 120 hari . Semasa itu Ustaz Din baru je lepasi 121 hari.
Beliau call saya sebab ade ketumbuhan dekat mata beliau dan bila jumpa doktor, doktor beritahu kena buat pembedahan segera dan kos sebanyak RM 5000
Sebelum Ustaz Din ambil dengan saya, saya sudah jelaskan siap-siap tentang tempoh menunggu dan tempoh contestable period seperti diatas.
Setelah hantar permohonan GL ke syarikat takaful, syarikat beritahu kena pay-investigate-claim.
Ertinya client kena byar dahulu baru claim balik setelah mereka buat siasatan.
Ustaz Din, bayar terus jumlah bil yang total berjumlah RM 5248.15 dan setelah 2 bulan syarikat selesai investigate, claim tersebut masuk ke akaun beliau.
Ini total claim yang dibayar balik oleh Syarikat Takaful , Ustaz din berikan screenshoot dari akaun bank dia.

Okay tuan pua sila baca lik kat bawah ni ya. sangat-sangatlah penting
Bacaan lanjut tentang tempoh menunggu dan tempoh boleh pertikai adalah di link berikut :
Biasanya polisi kita kalau bawah dua tahun dan kes kita nak claim tu berkaitan dengan developing disease(penyakit yang ambil masa nak membesar contohnya macam kanser atau macam kes ustaz Din, ianya adalah ketumbuhan di mata maka akan kena reimbursement basis)
Tapi kalau kes tu mengejut, atau acute atau emergency maka tak perlu sampai 2 tahun pun client dah boleh dilindungi
Contoh paling terkini dan terdekat adalah : anak saya sendiri baru-baru ini anak saya masuk ward pada 28 september 2024 disebabkan oleh RSV (Respiratory Syncytial Virus) berkaitan pernafasan dan kemudian warded sekali lagi pada 3 oktober 2024 disebabkan oleh Thrombhoplibitis
Anak saya punya medical card baru sahaja 1 tahun 3 bulan. Yelah, anak saya pun belum capai usia 2 tahun pun lagi waktu tu
Tapi syarikat Takaful cover sepenuhnya secara cashless sebab tiada keraguan, bukan developing diseases dan acute attack.
Total bill anak saya sebanyak 17,000 ditanggung untuk 2 kali admission
Jom tengok saya share gambar dan bill rawatan anak saya sendiri ini :




Jadi kita harus faham akan ada keadaan medical card yang ditanggung secara cashless (iaitu tak perlu bayar langsung) dan ada juga reimbursement basis
Keadaan reimbursement basis biasanya jika polisi masih belum lalui tempoh seperti diatas atau situasi meragukan
Ada lagi tak perkara lain secara paid investigate and claim selain situasi diata??
Jawapannya ada :
Antaranya
1) Claim pre and post hospitalization
Claim berkaitan sebelum masuk ward dan selepas masuk ward juga akan kena diurus secara bayar dulu claim kemudian.
2) Rawatan Daycare atau Outpatient untuk kes kemalangan, kanser dan dialisis
3) Pemeriksaan perubatan yang dibuat sebelum masuk ward.
Ini adalah antara perkara-perkara yang akan kena kita dahulukan duit kita dan kemudian isi borang claim dan mohon claim
Syarikat akan masukkan claim dalam akaun bank kita. Biasanya ambil masa 1 bulan hingga 2 bulan .Tak lebih 90 hari.