PERANAN KONSULTAN TAKAFUL & CLAIM DEPARTMENT TAKAFUL

PERANAN KONSULTAN TAKAFUL & CLAIM DEPARTMENT TAKAFUL

Apakah peranan konsultan takaful dalam urusan claim?

” Jikalau saya nak masuk ward, saya terus call tuan ye

“Apa-apa hal claim saya contact tuan ye”

Soalan-soalan berikut adalah soalan yang agak biasa ditanya kepada mana-mana konsultan @ ejen takaful.

Soalan ini harus dijawab dengan baik & berhikmah memandangkan ia melibatkan pengharapan client terhadap ejen takaful dalam urusan claim polisi takaful yang diambil.

Namun, adakah benar jikalau nak buat sebarang claim kita perlu rujuk ejen takaful ?

Baik, kita sebenarnya perlu tahu tentang had limit tugasan seorang ejen takaful. Ejen adalah wakil pemasaran(marketing representative) kepada sesebuah syarikat takaful yang diwakili.

Ejen akan mengenal pasti keperluan perlindungan bagi diri kita, meyusun manfaat, memberi solusi yang berkesan.

Mereka berperanan sebagai bahagian pemasaran, penerangan dan pendaftaran seseorang ahli dalam takaful disamping itu memastikan plan yang dicarum sentiasa up to date dengan payment agar tidak berlaku luput bayaran (lapsed).

Ejen merupakan wakil pemasaran
👉 Sebagai kefahaman plan
👉 Membantu semasa pengisian borang
👉 Sebarang perkara kefahaman kekeliruan tentang plan sebelum mohon & semasa mohon

JANGAN BERGANTUNG KEPADA EJEN TAKAFUL ANDA SEMASA PROSES CLAIM

Kenapa kita tidak boleh bergantung  kepada ejen kita semasa proses claim? Hal ini kerana tugasan proses claim atau tuntutan telah pun ada jabatan yang menjaganya iaitu jabatan tuntutan atau Claim Department

Jadi kita perlu sentiasa tahu dimana untuk kita dapatkan nombor claim department atau nombor customer service bagi plan takaful yang kita ambil. Dimana kita nak ambil nombor kecemasan ini?

Kebanyakan nombor ini semua boleh kita akses samada di website, di APPS atau di belakang medical card kita :

Sebagai contoh :

Cuepacs Care : 03-33746268
Zurich Takaful :  1-300-888-622
Medisavers Takaful Prima Takaful Malaysia : 1-800-88-7940

Kenapa saya beritahu jangan bergantung kepada ejen, hal ini kerana :

1️⃣ Boleh jadi ejen takaful kita meninggal dunia dulu sebelum kita. Maka memang dia tak boleh tolong kita apa-apa sebab sedang berhadapan dengan kehidupan kedua yang lebih panjang disana.😅.
2️⃣ Ejen juga manusia, dia mungkin sakit & tidur semasa kita sedang call minta tolong dia. Kita call dia nak masuk ward jam 2 pagi, confirm tak angkat🤭
3️⃣Ejen juga ada masaalah keluarga yang mungkin menganggu dia dalam kehidupan seharian
4️⃣ Ejen boleh kena terminate oleh company jika tak cukup quota atau disebabkan oleh terkena tindakan disiplin.

Jadi sebab itu nombor claim department disediakan oleh syarikat takaful untuk memberikan khidmat bantuan 24 jam kepada setiap clients yang sangat memerlukan

Iya sebenarnya sama sahaja macam kita buat claim takaful kenderaan, Kalau kereta kita breakdown tengah-tengah malam ,Kita Akan call terus roadassistant claim department takaful tersebut. Kita tidak akan call ejen atau jikalau kita ambil/beli takaful kenderaan dulu semasa renew roadtax dekat pejabat pos, kita tak call langsung orang pejabat pos.

Diperingkat saya selaku konsultan takaful, saya cuba membantu dengan menyediakan khidmat berikut

1) Telegram channel sebagai rujukan untuk sebarang perkara termasuk claim :

Telegram Cuepacs Care

Dalam telegram ini disediakan artikel, nota tentang
– cara buat claim
– borang berkaitan

kerana saya sedari, saya tidak akan boleh setiap masa @ selama2nya hidup untuk berada disisi client saya apabila mereka ingin buat claim

2) saya juga assist mereka dengan berikan artikel penting di website asyrafuddin.com untuk buat claim berkaitan

Contohnya :

Cara Buat Claim Cuepac Care/Tuntutan Cuepac Care Medical/Elaun Hospital/Pre & Post Follow Up Treatment

Jadi sebagai pelajaran disini, proses claim adalah tanggungjawab claim department namun ejen takaful perlu untuk didik/ educate client untuk mereka tahu & sedar tentang bagaimana proses claim dijalankan dalam sesebuah syarikat takaful & dalam polisi mereka

Terima Kasih
Asyraf Rangga

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *