Apa itu Takaful Income Protection? Apa pula Takaful Hibah?

TAKAFUL HIBAH INCOME PROTECTION
Ramai bertanya apa itu takaful hibah?
Apa pula takaful income protection?
Dan apa pula takaful hibah income protection
Baik yang sebenarnya mari kita fahami dahulu takaful itu apa.
Ianya adalah Akad jaminan kewangan antara peserta takaful yang akan saling bantu-membantu satu sama lain semasa musibah melanda
Musibah yang dilindungi ada 5 namun untuk harini Kita akan fokuskan kepada jenis takaful hayat atau takaful yang ada kaitan dengan perkataan hibah dan income protection
3 jenis musibah utama yang paling wajar diutamakan oleh setiap manusia yang ingin bertakaful ini dipanggil sebagai 3 D’s
Iaitu
1) Death (kematian)
2) Disability (lumpuh kekal)
3) Diseases (penyakit kritikal)
Ini kerana 3 jenis musibah ini boleh menyebabkan kehilangan keupayaan untuk bekerja dan mencari nafkah. Betul tak?
Ada ke Kita nampak orang yang lumpuh kekal keseluruhan masih lagi bekerja menjadi guru Di sekolah? Atau orang yang dah meninggal dunia Masih lagi dapat gaji Dari majikan? Jawapannya tiada.
Maka disinilah timbulnya takaful income protection atau income replacement
Ianya adalah kaedah untuk kiraan ideal pampasan takaful hayat yang diperlukan oleh seseorang
Kaedah ini dinamakan income protection takaful
Kemudian hibah takaful itu apa?
Hibah takaful pula adalah kaedah penamaan Dalam takaful. Ya penamaan terhadap duit jaminan pampasan takaful yang didapati selepas pemegang polisi meninggal dunia.
Ada 3 jenis kaedah penamaan dalam takaful
1) wasi : pemegang amanah akan menerima duit dan akan pecahkan ikut faraid
2) trustee : pemegang amanah akan laksanakan arahan-arahan termaktub dengan syarikat amanah yang telah diminta dilaksanakan oleh simati@pemegang polisi terhadap duit pampasan takafulnya
3) HIBAH : Hibah adalah hadiah, ianya adalah kaedah mudah yang mana pemilik polisi boleh namakan siapa yang nak diberikan. Malah boleh berikan 100% kepada sesiapa yang dia nak
Contoh Ali kahwin dengan Minah. Ali buat takaful hibah 500,000 Dan letakkan Nama Minaj seorang sahaja sebagai penama hibah. Ali meninggal dunia, Minah dapat 500,000 tanpa perlu berkongsi dengan sesiapa.
Jadinya takaful hibah income protection ini adalah konsep untuk pastikan takaful hayat Yang diambil itu adalah
1) memenuhi keperluan gaji@income pemilik polisi menggunakan kaedah income protection yang sebenarnya.
2) menggunakan kaedah hibah sebagai penamaan
Inilah kaedah ideal dan terbaik untuk setiap Yang ingin ambil takaful hayat.
Konsultasi asyraf 0132002460

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *