3 Perkara sebelum masuk hospital menggunakan medical card takaful/insurans

Salam sejahtera

selaku pemegang takaful perubatan atau disebut medical card takaful semestinya kita akan gunakan atau buat tuntutan/claim rawatan semasa diperlukan

Namun take note 3 perkara ini! Ketahuinya awal bersedia awal.

Artikel ini sesuai untuk mana-mana pemegang medical card dari mana-mana company takaful/insurans.

Sebelum kita ingin admit ward dalam hospital swasta, terdapat beberapa istilah yang perlu kita tahu supaya kita boleh alert dan bersedia.

3 perkara tersebut adalah

1️⃣ Deposit admission hospital
2️⃣ ko-takaful@ko-insurans
3️⃣ ko-payment

Dalam artikel ini akan diterangkan satu demi satu supaya anda selaku pelanggan takaful bersedia

1) DEPOSIT ADMISSION HOSPITAL : Deposit ini bermaksud sebelum masuk ward kita perlu letakkan sejumlah wang sebagai deposit yang diberikan kepada pihak hospital swasta,

Untuk pengetahuuan, deposit adalah SOP(STANDARD OF PROCEDURE) mana-mana hospital swasta.

Ianya terpakai kepada semua pelanggan samada yang dilindungi takaful ataupun tidak cuma jumlah deposit bagi pemegang medical card takaful adalah lebih rendah dari pelanggan yang bayar sendiri.

Jumlah yang perlu diberi biasanya dalam lingkungan RM300 – RM500 bergantung kepada pihak hospital swasta bagi client yang ada medical card

Bagi yang masuk dengan bayar menggunakan cash@duit sendiri jumlah nya lebih besar. Bagi sesetengah kes mencecah ribuan ringgit.

Bagi pemegang medical card, deposit ini akan dipulangkan semula setelah takaful/insurans mengeluarkan guarantee letter dan boleh diambil setelah keluar@discharge dari hospital nanti.

Kesimpulan, deposit dipulangkan kembali dan pastikan anda ada cash atau boleh juga gunakan credit card semasa nak admit untuk tujuan pembayaran deposit hospital yang akan diminta sebelum kita masuk bilik ward

2)KO-TAKAFUL@KO-INSURANS

Ko-takaful adalah satu situasi didalam polisi medical card. Anda harus perhatikan sama ada medical card yang anda ambil mempunyai terma ini ataupun tidak

Bagi pemegang medical card insurans ianya dinamakan sebagai ko-insurans.
(nota : insurans konvensional haram diambil oleh muslim, muslim hanya boelh ambil takaful)

Apakah yang akan berlaku apabila ada terma ko-takaful ini?

Bagi polisi medical card yang ada terma ini pelanggan semasa warded akan perlu buat sejumlah bayaran
Berbeza dengan deposit hospital tadi Bayaran ini tidak dipulangkan kembali kepada client.

Berapakah jumlah bayaran ko-takaful?

Jumlah bayaran ko-takaful bergantung kepada terma dalam polisi medical card anda.

Sesetengah company takaful minta 5-10% dari keseluruhan bil. Manakala sesetengah company pula RM300 – RM500 

jadi, sila semak dalam polisi medical card anda

– Ada atau tidak ko-takaful dalam polisi medical card anda?
– Berapa jumlah ko-takaful yang dikenakan syarikat anda?

Sila rujuk juga konsultan takaful anda.

Kesimpulan, ko-takaful tidak dipulangkan balik. Semaka dengan agent anda atau baca polisi untuk tahu wujud atau tidak ko-takaful dalam polisi kalian serta berapa jumlah dikenakan?

3) KO-PAYMENT

Ko-payment adalah terma yang juga perlu kita fahami

Seperti ko-takaful juga, semak atau tanya kepada syarikat takaful anda , ada tak ko-payment dalam medical card yang anda carum.

Okay apa yang kita kena tahu jika medical card kita ada terma ko-payment? 

Kita perlu tahu tentang HAD BILIK SEHARIAN WARD kita dalam medical card

Maksudnya bila masuk hospital swasta untuk tujuan rawatan, berapa jumlah maksimum bilik ward hospital yamg sepatutnya kita masuk.

KITA KENA TAHU BERAPA NILAI BILIK RAWATAN HARIAN dalam medical card kita. 

Bila admit ward, Jangan ambil bilik yang lebih besar dari sepatutnya sebab ko-payment akan di implementasikan jika kita ambil had bilik yang lebih dari yang kita entitled dalam medical card kita.

Apa akan jadi dan bila ko-payement diimplementasikan?

Ko-payment menyebabkan client perlu membayar sejumlah wang dari total bill rawatan sebab warded ambil BILIK RAWATAN YANG LEBIH BESAR dari yang entitled dalam medical card mereka

Sebagai contoh, bilik rawatan yang client entitled dalam medical card adalah RM150 SEMALAMAN
Maksudnya jangan ambil bilik lebih besar dari RM150 sebab bila ambil lebih besar dari RM150 maka akan dikenakan dua perkara yang dalam terma ko-payment iaitu

1) PERLU BAYAR JUMLAH BEZA BILIK
2) PERLU BAYAR 20% DARI TOTAL BILL KESELURUHAN

Jikalau medical card takaful kita ada ko-payment, maka jangan sesekali ambil bilik lebih besar dari sepatutnya ye

Sekian penerangan

Asyraf rangga


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *